Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Tuesday, 5 January 2016

Fenomena Peperiksaan

Assalamu'alaikum Warahmatullah :) With the name of Allah :
the Most Gracious and the Most Merciful.


Apa yang aku perhatikan sepanjang minggu peperiksaan ni, macam-macam perkara luar tabii berlaku, antaranya:

1. Makan sambil membaca buku. Adalah lebih baik sekiranya dikhususkan waktu untuk makan walau sebentar.

2. Berjalan sambil membaca dan menghafal fakta, akronim, analogi, diagram dan sebagainya mengikut subjek yang akan dijawab untuk peperiksaan.

3. Fenomena bangun awal untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan. Adalah lebih baik sekiranya ditambah dengan amalan sunat seperti solat sunat Tahajud, berzikir dan membaca al-Quran.

4. Fenomena tidur sepanjang hari ketika cuti senggang antara dua peperiksaan.

5. Menyalin nota pelajaran yang tertangguh semenjak awal semester dan tidak ketinggalan juga, ada yang mengambil nota kawan sekelas tanpa pengetahuannya.

6. Mandi sekali sehari. 

7. Emosi tidak stabil, sehingga bermasam muka ketika berselisih. Ekspresi muka ini suatu ekspresi natural yang tidak disengajakan, mungkin kerana seseorang itu gelisah dengan soalan yang bakal dihadapinya ketika menjawab peperiksaan atau percubaan untuk menahan perasaan suka yang berlebihan dan banyak ketawa.

Ya, tidak dinafikan semua pelajar bakal melalui hampir kesemua pengalaman ini, termasuk juga aku. Pengalaman ini adakalanya mencuit hati dan bakal menggamit sebuah kenangan dalam hidup apabila telah menginjak ke alam pekerjaan. Adakalanya juga menimbulkan pelbagai tanda tanya di benak fikiran, 

'Adakah ini suatu norma kehidupan seorang pelajar/mahasiswa menjelang minggu peperiksaan? Ini suatu anjakan paradigma yang harus dikekalkan momentumnya!'

Bagi aku, apa yang melucukan ialah ketika kawanku berjenaka dengan mengatakan bahawa Pen dan Sudu yang digabungkan dengan getah boleh menghasilkan suatu produk peperiksaan (examination product) bagi mereka yang makan sambil mengulang kaji pelajaran.

Sudu digunakan untuk makan. Tangan tidak perlu dicuci sebelum dan selepas makan.
Manakala, pen digunakan untuk mencatat isi yang perlu diambil perhatian untuk peperiksaan.

Ini sekadar untuk melepaskan ketegangan minda setelah penat bekerja. Oh  ya, pendapat peribadi aku berkaitan fenomena ini. Kenapa aku katakan 'luar tabii'? Sebab perkara ini bukan perkara yang biasa dilakukan oleh kita (pelajar/mahasiswa) sebelum menjelang minggu peperiksaan.

Tetapi, sekiranya perkara (yang baik dan positif) ini diamalkan secara berterusan, ia akan menghasilkan produk (pelajar/mahasiswa) yang berkualiti dari aspek akademik, rohani, jasmani dan sahsiah yang bukan sekadar menjadi hamba kepada sistem pendidikan yang berorintasikan peperiksaan atau exam-oriented. 

*No offense. This is the truth and reality of life that we face through the whole life.

Apa yang perlu ditegaskan ialah, kita yang perlu mengubah suasana, bukan suasana yang mengubah kita. Jagalah hubungan dengan Allah dan manusia. Pesanan ini juga aku tujukan buat diri aku yang seringkali alpa dengan dunia.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd 13:11)
 
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra'd 13:28)