Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Sunday 15 July 2012

Purdah dan Wanita

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah. (^_^)

Hmmm.. Apa yang awak semua fikir bila terbaca tajuk entri ni? Excitedkah? Berminatkah? Menyampahkah? Tak kisahlah. At my first expectation, it was a nonsense analogy. Sebab tak habis baca lagi. Tulah orang dah cakap jangan menilai sesuatu daripada luaran je. Kan dah terkena batang hidung sendiri. Janji awak semua terhibur bila baca entri yang dipetik dari laman sosial Facebook. Let's enjoy and read this story!

Adik kecik lelaki yang tengah makan aiskrim terserempak seorang kakak berpurdah di jalanan. Lalu beliau mengambil kesempatan itu bertanyakan beberapa soalan:

Adik: "Kak, kenapa orang pakai purdah? Jelitakah mereka?"

Kakak purdah: "Salah. Majoritinya tak lawa. Contohnya akak pakai kerana akak rasa nak pakai."

Adik:
"Kenapa akak nak pakai?"

Kakak purdah:
"Sebab akak nak pakai lah."

Adik:
"Kenapa?"

Kakak purdah: "Kenapa adik pakai seluar? Itulah jawapannya."

Adik: "Oh. Saya selalu nampak kakak-kakak purdah menggedik di facebook letak gambar macam-macam gaya. Gedikkah mereka sebenarnya?"

Kakak purdah: "Mereka juga wanita. Wanita tak dapat lari dari kegedikan. Tambah-tambah lagi yang bujangan dan facebook ada ramai lelaki gatal."

Adik: "Kenapa?"

Kakak purdah: "Kenapa adik bila nampak mainan or game PS3 ke adik tergedik-gedik nak suruh mak ayah beli? Itulah jawapannya."

Adik: "Oh. Adik kan kecik lagi, dorang kan dah tua bangka. Sama ke?"

Kakak purdah: "Whateverrrrrrr."

Adik: "Mereka tak malu ke? Kalau dah tutup semua pun masih gedik-gedik lagi? Apa beza dorang dengan orang biasa?"

Kakak purdah: "Katalah adik dengan kawan-kawan adik duduk dalam kelas sama-sama, tiba-tiba seorang berkentut bau telur harum semerbak satu kelas. Adik boleh cam ke siapa yang kentut tak berbunyi tu? Seorang kentut, semua kena. Padahal tak semua kentut. Itulah jawapannya."

Adik: "Oh..kenapa makin ramai pakai purdah sekarang? Tapi tak ramai yang berpurdah perangai baik. Kenapa?"

Kakak purdah: "Katalah adik pergi pantai jumpa tiram yang ada mutiara kat dalam dia. Apa perasaan adik? Excited tak? Tapi tak semua tiram tu ada mutiara. Kadang-kadang buka kosong je, kadang-kadang ada ulat. Itulah jawapannya."

Adik: "Nah..eskrim kat akak..upah jawab soalan."

Kakak purdah tu pun amik eskrim tu, tapi masa nak makan tu adik pun ternampak wajah sebenar kakak purdah tu. 

Ternganga adik tersebut.

---
"Ok, cerita mengarut."

* Semoga awak semua terhibur :) Jangan disangka semua wanita berpurdah macam tu tau. Seindah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH. Tiada diskriminasi terhadap mana-mana individu. Just relax, peeps. Selamat Menyambut Ramadhan.

Saturday 14 July 2012

Kuatkah Andai Diuji?

Assalamu'alaikum Warahmatullah. Salam pembuka bicara. Pemanis madah. ^_^

Dah lama rasanya jemari ni tak menaip. Alamak dah kebas lah pulak. Macam mana ni? Hah! Satu persoalan yang dapat saya timbulkan adalah bagaimana pula dengan hati kita? Semakin lembutkah atau semakin mengeras seakan kerasnya sebiji batu. Mari kita refleksi diri. Apa khabar IMAN kita? Kerana sesungguhnya setiap manusia itu diuji dengan pelbagai bentuk cabaran. Sememangnya sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, adakalanya kita berada di persada kejayaan. Adakalanya kita mungkin berada di dasar permulaan. Ibarat RODA. 

"You know how strong you are. Until being strong is the only choice you have."