Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Tuesday 23 July 2013

Fotogenik kah?

Assalamualaikum Warahmatullah :) 

Jemari menaip butir-butir kalimah, menyeru manusia mengagungkan Tuhan. Actually, this blog was quiet abandoned for entire months and hopefully my fingers would create miracles. Biiznillah.

Kenapa fotogenik? Tiba-tiba terdetik nak menggerakkan jemari yang agak keletihan seharian. Menyiapkan tugasan a.k.a. assignment yang berminggu-minggu tertangguh. Alhamdulillah, our slideshow was already presented to the class and our lovely teacher, Madam Siti Hajar Aflah binti Shafuddin :) Tajuk pembentangan kami pun agak menarik minat semua orang untuk melebarkan keluasan telinga, walaupun dah capang, opps untuk mendengar celoteh kami. Perasanlah kan :p 

Tajuk pilihan kami agak bersifat universal. Ye ke? Entahlah. Tetapi, agak bersesuaian dengan keperluan semasa manusia. (The Harmful Substances in Cosmetic Products) : Maaf, kat ahli kumpulan kalau agak saintifik tajuk yang saya cadangkan dulu. Overall, all of you give me the best cooperation. Thanks a lot <3

Tajuk fotogenik tu langsung tak berkaitan dengan kerja kursus atau thesis, err maksudnya berangan kah? Alamak, malunya. Memang tak dinafikan yang saya memang takde kena mengena langsung dengan istilah fotogenik ni. Kalau ada yang tersembur keluar dari mulut sesiapa istilah 'fotogenik' tu, terima sahaja lah dengan hati yang lapang. Mungkin dia bermaksud kan sesuatu yang baik :) 

Pernah tak kalau kita terfikir, adakah istilah ini boleh digunakan untuk manusia kepada Tuhan. Hmm, lebih kurang macam ni lah. Orang yang fotogenik pasti memiliki raut wajah yang menarik, bukan? Bukan itu yang menjadi ukuran kita sebagai manusia di hadapan Tuhan. Jadilah kita fotogenik di hadapanNya. Madrasah Tarbiyah Ramadhan, memberi peluang kepada kita untuk mencari sebanyak peluang keampunan daripada Tuhan. Sudah tentulah orang pilihan sahaja yang berhak mendapat keampunan dan dibebaskan daripada seksaan kubur. Insha Allah. Fotogenik tafsiran saya : mencari perhatian Allah lebih daripada perhatian manusia. Tetapi, tidak bermaksud orang yang fotogenik ni suka cari perhatian. Jangan salah anggap pulak ye.