Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Friday 27 April 2012

Akhirat is no. 1 for me!

Assalamu'alaikum Warahmatullah. ^_^V


Akhirat is no. 1, but Academic is not no. 2!

Mengingati akhirat bukan bermaksud tidak mempedulikan dunia, tetapi mengingati dunia biar di jalan yang diredhai NYA untuk menuju ke akhirat. Ingat peranan kita sebagai khalifah Allah - untuk beribadah. Betulkan kompas hati. Ya. Teringat pesanan Teacher Aishah, guru Addmath kesayangan :) Yess. Merangkap warden baru Asrama Puteri. QC stands for Quranic Circle. She introduced me about it 2 years ago. Ahakks. Rindu kut. Perkongsian ilmu duniawi dan ukhrawi semakin mendekatkan kami ke arah yang lebih diredhai NYA. InsyaAllah. Saling mengingati lebih baik bukan? Betulkan kompas hati - Means : Betulkan niat dan bersihkan hati. Matlamat mesti jelas. Tidak perlu bergantung kepada pujian. Ingat tu!

Insan yang paling tinggi darjatnya ialah orang yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah orang yang tidak melihat kemuliannya. -Imam Syafii-

 

Tuesday 24 April 2012

Segmen : Blog Pilihan Zamani 84

 Assalamu'alaikum Warahmatullah. ^_^V


Menariklah pulak tengok segmen ni. Terus terasa nak join :) 

Tarikh tutup : 24 April 2012 pada 11.59 malam 
(tengok kalendar dengan jam kat laptop. Masih sempat lagi ':) Fuhh. Alhamdulillah)

Tekan kat SINI kalau nak join. Meh kita pakat ramai-ramai. Sebelum terlambat.

Thursday 19 April 2012

✿ Erti Sebuah Persahabatan ✿

Assalamu'alaikum Warahmatullah. (^_^)V

Simbol apakah ini? In Additional Mathematics, this symbol is called "Infinity". So, what is the combination between friendship and the symbol? Infinity means : number larger than any other number or limitless area. Jadi, erti sebuah persahabatan itu amatlah bermakna bagi saya. Tidak terbatas! 

"Permintaan tolong dari orang lain kepadamu adalah nikmat maka janganlah merasa jemu sehingga malah berbalik menjadi petaka. Ketahuilah, sesungguhnya saat terbaik dalam hidupmu adalah saat dirimu DIPERLUKAN dan bukan MEMERLUKAN!"

-  Dr. 'Aidh Bin Abdullah al-Qarni -

Dalam bahasa Arab, pelbagai istilah yang boleh digunakan sebagai teman : Sahabat, Rafiq, Zamil dan Sadiq :)

Sahabat : Mereka yang selalu berjalan bersama kita ke mana sahaja.
Rafiq : Mereka yang selalu berdamping dengan kita (sentiasa berada di sisi).
Zamil : Sekadar kenalan (cukup sekadar mengenali nama dan tidak melebihi daripadanya).
Sadiq : Teman yang setia, sentiasa membenarkan serta sentiasa bersama tidak kira suka atau duka.

"Sebaik-baik teman itu adalah yang bermanfaat"


Alangkah indahnya, sekiranya sebuah persahabatan itu dibina berlandaskan kemaslahatan kerana Allah. Di syurga kelak, akan ada sebuah mimbar. Ada sebuah kaum padanya. Wajahnya bercahaya. Pakaiannya disinari cahaya daripada nur Allah. Mereka itu bukanlah daripada golongan anbia' mahupun golongan syuhada'. Tetapi, mereka adalah :

1. Orang yang berkasih sayang kerana Allah.
2. Orang yang bertemu kerana Allah.
3. Orang yang saling menziarahi kerana Allah.

Imam al-Ghazali pernah menyebut HAK SEORANG TEMAN :

1. Prihatin. Beri bantuan tanpa diminta.
2. Jaga lidah. Tidak menyakiti teman.
3. Jaga hati. Tidak berburuk sangka kepada teman.
4. Tulus dan ikhlas mengasihinya. Dalam susah/senang dan sakit/sihat.
5. Mendoakan teman. Semasa hidup atau setelah meninggal dunia.
Sebuah persahabatan yang ampuh. 

Tips : Amalkan DOA RABITAH (^_^)
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah menggambarkan beberapa kenangan yang sentiasa diabadikan sepanjang hayat ini - SK Taman Desa 2 ('02-'06), SMK Sungai Pusu ('07-'11). Ukhuwah fillah abadan. InsyaAllah.

Wednesday 18 April 2012

Segmen : Review by Lily

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

How's your day? Mudah-mudahan lebih baik daripada semalam. Dan esok lebih baik daripada sekarang. Hari ni, saya nak tulis entri pasal SEGMEN : REVIEW BY LILY. It's so simple. Itsy bitsy segmen. Let's join together!



1. Tulis entri bertajuk Segmen : Review by Lily

2. Letak banner di atas dan linkkan ke SINI

3. Follow dan tag beberapa lah orang. Ikut suka hati. 

4. Tarikh tutup : 31 Mei 2012

Tuesday 10 April 2012

Tak Datang Sekolah Sebab Shahid!

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

(^_^)V

Selamat Petang. Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat belaka. Pulangnya murid-murid dari sekolah menandakan sudah berakhirnya sesi persekolahan pada hari ini. Bagaimana? Alamak skemalah kakak sorang nih. Ada macam gaya cikgu tak? Hehe. Adik-adik semua, memandangkan saya sudah pun menghabiskan alam persekolahan, jadi layaklah saya ni dipanggil KAKAK. kankan? Untuk yang bawah 18 sahaja, oke!

Wahai Adik-Adikku sekalian,
Jangan ponteng sekolah tau! Selagi tubuh masih berdaya untuk berjalan, berlari dan bergerak walaupun untuk sekelumit waktu, bersyukurlah. Susunlah kesepuluh jari tangan dan bersyukurlah dengan mengucapkan Alhamdulillah kepada Sang Pencipta. Jangan mencuba sesuatu yang terlintas di luar batasan fikiran. Boleh jadi, sekiranya sesuatu yang terlintas di luar fikiran itu mampu mendatangkan kemudaratan kepada kita kelak.

Bersyukurlah kerana kita dapat hidup dalam sebuah negara yang bernama MALAYSIA. Tiada peperangan. Tiada sekatan kepada penuntut ilmu untuk belajar. Tiada penindasan kepada kanak-kanak, golongan wanita dan warga tua.


Buka mata. Lapangkan minda. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur kepadaNya. Amin.

Saturday 7 April 2012

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Assalamu'alaikum Warahmatullah.
 
Selamat pagi Sabtu :) Jom tunaikan Solat Dhuha. Magnet kepada rezeki kita semua. Jangan tidur lepas Subuh ye. Walaupun saya TAK pernah tak buat. Hehe. Tapi, mesti ada sesetengah orang yang memang istiqamah tak tidur lepas Subuh sebab dia tau nanti rezeki tak masuk. Nanti jadi orang yang rugi. Orang tua-tua pun selalu cakap macam tu. Sebab memang betul pun kan? Mestilah kalau bangun lambat nanti sarapan dah habis, pergi sekolah pun lewat, kena marah dengan bos sebab lewat sampai pejabat.


Jadi, apakah kelebihan solat sunat dhuha?

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya


Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurainsabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahuanhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

 
Sumber : Kelebihan Solat Dhuha

Thursday 5 April 2012

Halal Naik Motor Berdua-Duaan Kalau...

Assalamu'alaikum Warahmatullah.


It's ALL about your MIND!

Wednesday 4 April 2012

Thank You, SENSEI !

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Dah berhabuklah belog saya ni :) Eh ada sarang labah-labah lah kat keyboard ni. Menipu lah sangat. Sebagai mukaddimah, Alhamdulillah sangat bersyukur sebab dah berjaya menempuhi alam persekolahan selama 11 tahun. Tengah pegang kalkulator. Aduihh, baru 18 tahun dah tak reti mengira. Memang seronok kan kalau dah berjaya menghabiskan satu alam yang penuh dengan cabaran. Penuh dengan liku dan onak yang dipenuhi duri tajam. Sekali terpesong, memang sukar untuk berpatah balik. Jadi, saya nak pesanlah kat adik[s] blogger kat luar sana tu, jangan mudah terpengaruh dengan anasir luar yang mampu membolak-balikkan iman kita. Berpegang teguhlah pada tali Allah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya. AMIN :)

Nak tau tak siapa SENSEI tu? She is my cousin. They are both my cousins. I really appreciate them. Thanks for the most inspiring advises. Dulu sorang, sekarang dah berdua. Barakallah to both of you : The Newlyweds. Semoga Allah sentiasa memberkati anda berdua. Maklumlah, baru nak merangkak. Kemudian, bertatih dan barulah mula pandai belajar untuk berjalan ke alam yang lebih mencabar. Tahukah anda?


Sepasang kaki ini sangat memerlukan bimbingan. Untuk menyusuri jalan yang penuh dengan liku dan onak tajam yang mungkin tidak mampu ditempuhi dengan tanpa adanya sokongan daripada MU. Janganlah kaki ini terpesong daripada jalan MU yang penuh dengan Nur kepada kesesatan yang gelap dan kosong. Allah tidak mengukur kecantikan paras wajah seseorang itu, tetapi pada hatinya. Moga hati ini sentiasa mengikat kesetiaan dengan sentiasa mengingati MU.

Saya nak share lah sikit prinsip Sensei saya :

1. Jadilah orang yang sentiasa merendah diri. Walaupun ada ilmu, biarlah bersederhana. Kecantikan bukanlah ukuran pada ketinggian akhlak dan budi pekerti seseorang yang bergelar Muslim :) Macam Hamka la pulak.

2. Sentiasa ingat pada asal kejadian kita. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jugalah kita kembali.

3. Jangan sombong dan bongkak bila berjalan di atas bumi Allah. Macam dalam surah Luqman. Tak ingatlah pulak ayat berapa.

4. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada sesuatu yang mungkin belum pasti akan menjadi milik kita. Penantian yang tidak pasti sudah tentu menyakitkan. Sentiasalah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.

Wallahua'lam. Tak tau nak tulis apa lagi lah. Okelah. Undur diri dulu ;)