Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Thursday, 19 April 2012

✿ Erti Sebuah Persahabatan ✿

Assalamu'alaikum Warahmatullah. (^_^)V

Simbol apakah ini? In Additional Mathematics, this symbol is called "Infinity". So, what is the combination between friendship and the symbol? Infinity means : number larger than any other number or limitless area. Jadi, erti sebuah persahabatan itu amatlah bermakna bagi saya. Tidak terbatas! 

"Permintaan tolong dari orang lain kepadamu adalah nikmat maka janganlah merasa jemu sehingga malah berbalik menjadi petaka. Ketahuilah, sesungguhnya saat terbaik dalam hidupmu adalah saat dirimu DIPERLUKAN dan bukan MEMERLUKAN!"

-  Dr. 'Aidh Bin Abdullah al-Qarni -

Dalam bahasa Arab, pelbagai istilah yang boleh digunakan sebagai teman : Sahabat, Rafiq, Zamil dan Sadiq :)

Sahabat : Mereka yang selalu berjalan bersama kita ke mana sahaja.
Rafiq : Mereka yang selalu berdamping dengan kita (sentiasa berada di sisi).
Zamil : Sekadar kenalan (cukup sekadar mengenali nama dan tidak melebihi daripadanya).
Sadiq : Teman yang setia, sentiasa membenarkan serta sentiasa bersama tidak kira suka atau duka.

"Sebaik-baik teman itu adalah yang bermanfaat"


Alangkah indahnya, sekiranya sebuah persahabatan itu dibina berlandaskan kemaslahatan kerana Allah. Di syurga kelak, akan ada sebuah mimbar. Ada sebuah kaum padanya. Wajahnya bercahaya. Pakaiannya disinari cahaya daripada nur Allah. Mereka itu bukanlah daripada golongan anbia' mahupun golongan syuhada'. Tetapi, mereka adalah :

1. Orang yang berkasih sayang kerana Allah.
2. Orang yang bertemu kerana Allah.
3. Orang yang saling menziarahi kerana Allah.

Imam al-Ghazali pernah menyebut HAK SEORANG TEMAN :

1. Prihatin. Beri bantuan tanpa diminta.
2. Jaga lidah. Tidak menyakiti teman.
3. Jaga hati. Tidak berburuk sangka kepada teman.
4. Tulus dan ikhlas mengasihinya. Dalam susah/senang dan sakit/sihat.
5. Mendoakan teman. Semasa hidup atau setelah meninggal dunia.
Sebuah persahabatan yang ampuh. 

Tips : Amalkan DOA RABITAH (^_^)
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah menggambarkan beberapa kenangan yang sentiasa diabadikan sepanjang hayat ini - SK Taman Desa 2 ('02-'06), SMK Sungai Pusu ('07-'11). Ukhuwah fillah abadan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment