Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Friday 26 October 2012

Segmen : Jom Usha

Assalamualaikum Warahmatullah. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

"Selamat Hari Raya AidilAdha", "Selamat Hari Raya Qurban" : Greetings for Muslims all over the world. May this celebration is blessed by HIM :)

Actually, for your information. Qurban (قرب) : In Arabic, it gives a meaning of near. Hampir kepada Allah. Dalam konteks ibadah, perayaan ini menunjukkan pengorbanan dan pengabdian yang tinggi seorang hamba kepada tuhannya. Jadi, perlu diperbetul pemahaman kita dalam menghayati sesebuah perayaan yang disambut. Sememangnya, zaman sebelum kedatangan Islam, telah disambut dua perayaan (Eid Fitri & Eid Adha) dengan meriah. Namun, syiar Allah telah dimuliakan dengan merayakan kedua-dua perayaan ini dengan laungan takbir membesarkan Allah. Wallahua'lam. Mohon diperbetul sekiranya terdapat khilaf. ^_^

Before joining this segment, I would like to post something that will be a meaningful to all readers. InshaAllah.





Saturday 20 October 2012

Segmen : Follow Sampai Meletup


Assalamu'alaikum Warahmatullah. Bismillahirrahmanirrahim.

It has been so long. Leaving this page without any posts. With no shouts neither from silent readers nor friend pals. It was a coincidence to post this entry after reading this blog. The eagerness to join this segment has approached the maximal point. Wanna increase your blog traffic? Let's check this simple dimple segment out.

Just click THIS for terms and conditions
Nisa's followers
Hajar's followers

My followers


These are my present followers (146). I aim to achieve the highest followers at most 200 and above. And would prefer to choose the cute colourful LOMO. Just simple and nice present to belonged. ^_^

Do follow this blog :) Thanks for your benign supports. 

Tag : Bal Qis :)

Wednesday 10 October 2012

Istikharah : Hanya dalam soal jodoh?

Assalamualaikum Warahamatullah. Bismillahirrahmanirrahim.

 Pembuka tirai yang dilabuhkan berabad lamanya. Lama tak dijenguk orang di sana. Lama tak bertegur sapa. Entah apa yang sudah berlaku belakangan ini.


Isu penghinaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم , bukanlah suatu isu SEMASA, tetapi suatu isu MASA-MASA pada hemat saya. Di manakah kesedaran kita? Caknakah kita sebenarnya sebelum ini. Memang ungkapan cintakan baginda mudah sekali meniti di bibir-bibir. "Aku cintakan Rasulullah." Tetapi, adakah dengan berdemonstrasi dapat membuktikan kecintaan kepada baginda? TIDAK. Malah, kita ditertawakan oleh mereka. Ya, mereka ialah musuh Islam. Bangga dengan kejayaan propaganda yang sungguh retorik.

Memang betul jalan hidup kita dah ditentukan Allah. Sudah disusun rapi, cantik. Memang cantik kalau kita ikut panduan yang dah ditetapkan. Bayangkan kehidupan kita seindah syurga, bila kita akan merasai nikmat sabar atas segala dugaan yang menimpa? Bila pula kita akan sentiasa mengadu kepada Allah supaya dipermudahkan kesulitan. Tak salah kalau kita mendambakan kehidupan yang indah seperti syurga. Mengalirnya sungai di bawahnya, dan kekal abadi hidup di sana. 

ISTIKHARAHlah jawapannya. Menurut pengalaman seorang senior saya punya kawan. Nak dengar tak? Jomlah :) Sharing is berkongsi. Waktu tu minggu peperiksaan. Pelbagai reaksi ganjil dan janggal dapat disaksikan. Tibalah waktu peperiksaan Hifzul Quran Syafawi (Lisan), dia memang gubra. Selesai je soalan pertama, dia 'stuck' sekejap. Dalam hati dia memang berdebar tahap 1000kW la. Dia pun pejam mata, dengan hati yang menyerah dan yakin seratusperatus kat Allah. (dalam hati : Ya Allah, bantulah aku. Sesungguhnya aku berserah kepadaMu). Lembaran muka surat al-Quran tu seolah-olah diperjelas dan dia seolah-olah membaca dalam pejam. 

Subhanallah. Terpukul sungguh lepas dengar cerita tu. Nak tunjukkan betapa tingginya kebergantungan seseorang tu kat Allah. Result keluar 4.0 kut. Rahsianya, istiqamah setiap hari dengan solat sunat istikharah tanpa tinggal. Istikharah dilakukan untuk meminta jalan keluar, BUKAN hanya untuk memilih pasangan hidup ye. Macam dalam lagu Istikharah Cinta tu. Kemudian, apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal.[QS:3:159]


"Tiada daya tiada kekuatan, melainkan dengan izin Allah. Secangkir kata buat pedoman. Agar diri dikurniakan kekuatan rohaniah untuk sentiasa lurus di jalanMu."