Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Wednesday, 10 October 2012

Istikharah : Hanya dalam soal jodoh?

Assalamualaikum Warahamatullah. Bismillahirrahmanirrahim.

 Pembuka tirai yang dilabuhkan berabad lamanya. Lama tak dijenguk orang di sana. Lama tak bertegur sapa. Entah apa yang sudah berlaku belakangan ini.


Isu penghinaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم , bukanlah suatu isu SEMASA, tetapi suatu isu MASA-MASA pada hemat saya. Di manakah kesedaran kita? Caknakah kita sebenarnya sebelum ini. Memang ungkapan cintakan baginda mudah sekali meniti di bibir-bibir. "Aku cintakan Rasulullah." Tetapi, adakah dengan berdemonstrasi dapat membuktikan kecintaan kepada baginda? TIDAK. Malah, kita ditertawakan oleh mereka. Ya, mereka ialah musuh Islam. Bangga dengan kejayaan propaganda yang sungguh retorik.

Memang betul jalan hidup kita dah ditentukan Allah. Sudah disusun rapi, cantik. Memang cantik kalau kita ikut panduan yang dah ditetapkan. Bayangkan kehidupan kita seindah syurga, bila kita akan merasai nikmat sabar atas segala dugaan yang menimpa? Bila pula kita akan sentiasa mengadu kepada Allah supaya dipermudahkan kesulitan. Tak salah kalau kita mendambakan kehidupan yang indah seperti syurga. Mengalirnya sungai di bawahnya, dan kekal abadi hidup di sana. 

ISTIKHARAHlah jawapannya. Menurut pengalaman seorang senior saya punya kawan. Nak dengar tak? Jomlah :) Sharing is berkongsi. Waktu tu minggu peperiksaan. Pelbagai reaksi ganjil dan janggal dapat disaksikan. Tibalah waktu peperiksaan Hifzul Quran Syafawi (Lisan), dia memang gubra. Selesai je soalan pertama, dia 'stuck' sekejap. Dalam hati dia memang berdebar tahap 1000kW la. Dia pun pejam mata, dengan hati yang menyerah dan yakin seratusperatus kat Allah. (dalam hati : Ya Allah, bantulah aku. Sesungguhnya aku berserah kepadaMu). Lembaran muka surat al-Quran tu seolah-olah diperjelas dan dia seolah-olah membaca dalam pejam. 

Subhanallah. Terpukul sungguh lepas dengar cerita tu. Nak tunjukkan betapa tingginya kebergantungan seseorang tu kat Allah. Result keluar 4.0 kut. Rahsianya, istiqamah setiap hari dengan solat sunat istikharah tanpa tinggal. Istikharah dilakukan untuk meminta jalan keluar, BUKAN hanya untuk memilih pasangan hidup ye. Macam dalam lagu Istikharah Cinta tu. Kemudian, apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal.[QS:3:159]


"Tiada daya tiada kekuatan, melainkan dengan izin Allah. Secangkir kata buat pedoman. Agar diri dikurniakan kekuatan rohaniah untuk sentiasa lurus di jalanMu."

1 comment:

  1. This post, mashaAllah. I learnt a lot from this simple post.

    Nisa

    ReplyDelete