Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Wednesday 19 December 2012

PMR sudah keluar : Ops!

Assalamu'alaikum Warahmatullah :) With the name of Allah :
the Most Gracious and the Most Merciful.

Cakcak..

Lama kan saya tak jejalan kat blog awak semua? Ngeee (senyum nampak gigi besar punye). Baca tajuk tu, faham kan ye. Bukan bermaksud saya adalah lepasan pelajar tingkatan 3. Tidak juga tingkatan 5. Wah, dah habis sekolah la ye. Err, jadi bukan lah sebenarnya nak mempromosi diri ni dah 'matang'. 

I would like to congratulate my lovely cousin, Sahira :) [Congratulations, my Dear. You got 8A's for your PMR]. Memandangkan PMR punya result dah keluar, apa lagi? Enjoy lah ea. Nanti baca posts kat Facebook, mesti macam cendawan tumbuh lepas hujan kan. (haha, ayat budak baru lepas SPM tahun lepas). Dengan greetings bagai and what so ever. Anyway, guys! Neither your results for PMR nor SPM is not a measure to one's victory or success. Right? Tak boleh terlalu happy bagai nak rak, sampai tak ingat yang kita ada lagi banyak peperiksaan besar macam SPM.

Ok, tak nak bebel banyak sangat pun. Actually, I'm too excited as I will come back home this Friday. Lalalaala :) Orang semua tengah syok cuti, kite baru nak balik rumah. Sedih. Dah masuk Sem 2 ni, agak busy sikit untuk meng'update' posts baru. Wait for my next posts soon! Thanks a lot to those who are supporting me. Ilal liqa'. (",)

Senyumlah sikit dah dapat stret A tu, kan?



Friday 26 October 2012

Segmen : Jom Usha

Assalamualaikum Warahmatullah. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

"Selamat Hari Raya AidilAdha", "Selamat Hari Raya Qurban" : Greetings for Muslims all over the world. May this celebration is blessed by HIM :)

Actually, for your information. Qurban (قرب) : In Arabic, it gives a meaning of near. Hampir kepada Allah. Dalam konteks ibadah, perayaan ini menunjukkan pengorbanan dan pengabdian yang tinggi seorang hamba kepada tuhannya. Jadi, perlu diperbetul pemahaman kita dalam menghayati sesebuah perayaan yang disambut. Sememangnya, zaman sebelum kedatangan Islam, telah disambut dua perayaan (Eid Fitri & Eid Adha) dengan meriah. Namun, syiar Allah telah dimuliakan dengan merayakan kedua-dua perayaan ini dengan laungan takbir membesarkan Allah. Wallahua'lam. Mohon diperbetul sekiranya terdapat khilaf. ^_^

Before joining this segment, I would like to post something that will be a meaningful to all readers. InshaAllah.





Saturday 20 October 2012

Segmen : Follow Sampai Meletup


Assalamu'alaikum Warahmatullah. Bismillahirrahmanirrahim.

It has been so long. Leaving this page without any posts. With no shouts neither from silent readers nor friend pals. It was a coincidence to post this entry after reading this blog. The eagerness to join this segment has approached the maximal point. Wanna increase your blog traffic? Let's check this simple dimple segment out.

Just click THIS for terms and conditions
Nisa's followers
Hajar's followers

My followers


These are my present followers (146). I aim to achieve the highest followers at most 200 and above. And would prefer to choose the cute colourful LOMO. Just simple and nice present to belonged. ^_^

Do follow this blog :) Thanks for your benign supports. 

Tag : Bal Qis :)

Wednesday 10 October 2012

Istikharah : Hanya dalam soal jodoh?

Assalamualaikum Warahamatullah. Bismillahirrahmanirrahim.

 Pembuka tirai yang dilabuhkan berabad lamanya. Lama tak dijenguk orang di sana. Lama tak bertegur sapa. Entah apa yang sudah berlaku belakangan ini.


Isu penghinaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم , bukanlah suatu isu SEMASA, tetapi suatu isu MASA-MASA pada hemat saya. Di manakah kesedaran kita? Caknakah kita sebenarnya sebelum ini. Memang ungkapan cintakan baginda mudah sekali meniti di bibir-bibir. "Aku cintakan Rasulullah." Tetapi, adakah dengan berdemonstrasi dapat membuktikan kecintaan kepada baginda? TIDAK. Malah, kita ditertawakan oleh mereka. Ya, mereka ialah musuh Islam. Bangga dengan kejayaan propaganda yang sungguh retorik.

Memang betul jalan hidup kita dah ditentukan Allah. Sudah disusun rapi, cantik. Memang cantik kalau kita ikut panduan yang dah ditetapkan. Bayangkan kehidupan kita seindah syurga, bila kita akan merasai nikmat sabar atas segala dugaan yang menimpa? Bila pula kita akan sentiasa mengadu kepada Allah supaya dipermudahkan kesulitan. Tak salah kalau kita mendambakan kehidupan yang indah seperti syurga. Mengalirnya sungai di bawahnya, dan kekal abadi hidup di sana. 

ISTIKHARAHlah jawapannya. Menurut pengalaman seorang senior saya punya kawan. Nak dengar tak? Jomlah :) Sharing is berkongsi. Waktu tu minggu peperiksaan. Pelbagai reaksi ganjil dan janggal dapat disaksikan. Tibalah waktu peperiksaan Hifzul Quran Syafawi (Lisan), dia memang gubra. Selesai je soalan pertama, dia 'stuck' sekejap. Dalam hati dia memang berdebar tahap 1000kW la. Dia pun pejam mata, dengan hati yang menyerah dan yakin seratusperatus kat Allah. (dalam hati : Ya Allah, bantulah aku. Sesungguhnya aku berserah kepadaMu). Lembaran muka surat al-Quran tu seolah-olah diperjelas dan dia seolah-olah membaca dalam pejam. 

Subhanallah. Terpukul sungguh lepas dengar cerita tu. Nak tunjukkan betapa tingginya kebergantungan seseorang tu kat Allah. Result keluar 4.0 kut. Rahsianya, istiqamah setiap hari dengan solat sunat istikharah tanpa tinggal. Istikharah dilakukan untuk meminta jalan keluar, BUKAN hanya untuk memilih pasangan hidup ye. Macam dalam lagu Istikharah Cinta tu. Kemudian, apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal.[QS:3:159]


"Tiada daya tiada kekuatan, melainkan dengan izin Allah. Secangkir kata buat pedoman. Agar diri dikurniakan kekuatan rohaniah untuk sentiasa lurus di jalanMu."

Sunday 15 July 2012

Purdah dan Wanita

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah. (^_^)

Hmmm.. Apa yang awak semua fikir bila terbaca tajuk entri ni? Excitedkah? Berminatkah? Menyampahkah? Tak kisahlah. At my first expectation, it was a nonsense analogy. Sebab tak habis baca lagi. Tulah orang dah cakap jangan menilai sesuatu daripada luaran je. Kan dah terkena batang hidung sendiri. Janji awak semua terhibur bila baca entri yang dipetik dari laman sosial Facebook. Let's enjoy and read this story!

Adik kecik lelaki yang tengah makan aiskrim terserempak seorang kakak berpurdah di jalanan. Lalu beliau mengambil kesempatan itu bertanyakan beberapa soalan:

Adik: "Kak, kenapa orang pakai purdah? Jelitakah mereka?"

Kakak purdah: "Salah. Majoritinya tak lawa. Contohnya akak pakai kerana akak rasa nak pakai."

Adik:
"Kenapa akak nak pakai?"

Kakak purdah:
"Sebab akak nak pakai lah."

Adik:
"Kenapa?"

Kakak purdah: "Kenapa adik pakai seluar? Itulah jawapannya."

Adik: "Oh. Saya selalu nampak kakak-kakak purdah menggedik di facebook letak gambar macam-macam gaya. Gedikkah mereka sebenarnya?"

Kakak purdah: "Mereka juga wanita. Wanita tak dapat lari dari kegedikan. Tambah-tambah lagi yang bujangan dan facebook ada ramai lelaki gatal."

Adik: "Kenapa?"

Kakak purdah: "Kenapa adik bila nampak mainan or game PS3 ke adik tergedik-gedik nak suruh mak ayah beli? Itulah jawapannya."

Adik: "Oh. Adik kan kecik lagi, dorang kan dah tua bangka. Sama ke?"

Kakak purdah: "Whateverrrrrrr."

Adik: "Mereka tak malu ke? Kalau dah tutup semua pun masih gedik-gedik lagi? Apa beza dorang dengan orang biasa?"

Kakak purdah: "Katalah adik dengan kawan-kawan adik duduk dalam kelas sama-sama, tiba-tiba seorang berkentut bau telur harum semerbak satu kelas. Adik boleh cam ke siapa yang kentut tak berbunyi tu? Seorang kentut, semua kena. Padahal tak semua kentut. Itulah jawapannya."

Adik: "Oh..kenapa makin ramai pakai purdah sekarang? Tapi tak ramai yang berpurdah perangai baik. Kenapa?"

Kakak purdah: "Katalah adik pergi pantai jumpa tiram yang ada mutiara kat dalam dia. Apa perasaan adik? Excited tak? Tapi tak semua tiram tu ada mutiara. Kadang-kadang buka kosong je, kadang-kadang ada ulat. Itulah jawapannya."

Adik: "Nah..eskrim kat akak..upah jawab soalan."

Kakak purdah tu pun amik eskrim tu, tapi masa nak makan tu adik pun ternampak wajah sebenar kakak purdah tu. 

Ternganga adik tersebut.

---
"Ok, cerita mengarut."

* Semoga awak semua terhibur :) Jangan disangka semua wanita berpurdah macam tu tau. Seindah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH. Tiada diskriminasi terhadap mana-mana individu. Just relax, peeps. Selamat Menyambut Ramadhan.

Saturday 14 July 2012

Kuatkah Andai Diuji?

Assalamu'alaikum Warahmatullah. Salam pembuka bicara. Pemanis madah. ^_^

Dah lama rasanya jemari ni tak menaip. Alamak dah kebas lah pulak. Macam mana ni? Hah! Satu persoalan yang dapat saya timbulkan adalah bagaimana pula dengan hati kita? Semakin lembutkah atau semakin mengeras seakan kerasnya sebiji batu. Mari kita refleksi diri. Apa khabar IMAN kita? Kerana sesungguhnya setiap manusia itu diuji dengan pelbagai bentuk cabaran. Sememangnya sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, adakalanya kita berada di persada kejayaan. Adakalanya kita mungkin berada di dasar permulaan. Ibarat RODA. 

"You know how strong you are. Until being strong is the only choice you have."

Saturday 2 June 2012

Ditarbiyah untuk Mentarbiyah

Assalamu'alaikum Warahmatullah. In the name of Allah, Most Gracious, Most Graceful ^_^V

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah : 216)


Ucapkan Alhamdulillah dulu. Sebabnya awak semua dapat sampai sini. Dan baca artikel saya ni. (Y)likelike. Walaupun mungkin tak sehebat, segempak dan se'fabulous' blog awak semua kankan. Pernah kah awak semua ditarbiyah? Nak tanya soalan cepumas sikit ni. Siapa dapat jawab, ada hadiah saya nak bagi. Cepat!!! Amboi kalau bab hadiah, memang dia lah yang nak cepat. Pantang je dengar perkataan hadiah. hehe (:

Baru dalam agak-agak 3 minggu bergelar seorang mahasiswi Darul Quran sesi 2012/2015. Satu cabaran yang amat besarlah bagi saya untuk dipikul sebagai seorang hamalatul Quran. Diprovokasi. Hmm begheh bah!
Loghat ape tah tu. First time kut belajar dengan ramai siswi yang berlainan negeri dengan saya. Macam-macam lah benda baru yang mungkin takda dalam Kamus Dewan dapat saya dengar. Satu hari nanti tengoklah. hehe. Ambo kecek kelate kang terlopong mulut seinci. 

Kadang-kadang mungkin kita fikir "Kenapa mesti aku ditarbiyah? Aku dah cukup ilmu dan pengalaman." Mungkin ada segelintir dalam kalangan kita yang berfikrah begitu. Hakikatnya, wajib ke atas setiap muslim untuk menuntut ilmu. Rendahkanlah ego kita walaupun setinggi mana darjat kita. Biarlah kita ditarbiyah untuk menjadi seseorang yang lebih hebat dan mampu untuk mentarbiyah orang lain kelak. Jadikan cabaran itu sebagai khibrah untuk kita menempuh hayah yang dipenuhi dengan onak dan duri.

Katakan pada diri, wahai diriku, kenapa engkau lemah semangat? Sedangkan dirimu adalah duta untuk menyampaikan ummah Allah. Jadikan hari esok adalah hari paling terbaik dalam hidup kita. Untuk esok dan hari seterusnya.

Thursday 3 May 2012

Rahsia di sebalik huruf pertama dalam nama!

Bismillah wa Assalamu'alaikum Warahmatullah ^_^V

Semua orang ada nama masing-masing kan. Tipulah kalau tak ada nama langsung. Kita duduk dalam perut mak selama 9 bulan. Hidup membesar dalam cecair amnion atau amniotic fluid. Fungsi cecair itu adalah bertujuan untuk menyerap sebarang kejutan dan menghindarkan daripada sebarang bahaya yang berlaku ke atas bayi dalam kandungan. Faham tak? Bukan nak cerita pasal bayi ke atau berceloteh macam doktor. Potpet banyak cakap betul lah. Perasan pulak tu jadi doktor :p 

Okelah sebenarnya nak cakap nama kita sebenarnya dah diberi oleh ibu, ummi, mak, mama atau mami kita sebelum kita keluar ke dunia lagi. 9 bulan tu dok pikir "Nama apa lah yang aku nak bagi kat baby dalam perut ni" (sambil mengusap perut yang sdang sarat mengandung). Nama kita ni mesti yang terbaik punyalah kan. Tak kanlah nak cari yang tak elok maknanya. Contohlah kan mak kita panggil, "Syafiqah". Kan bagus maknanya (belas kasihan). Walaupun empunya nama tu agak pemarah atau garang :) tapi mungkin ada kelembutan di sebalik kekerasannya. hikhok

Nak tahu tak apa maksud huruf pertama dalam nama kita? Angkat tangan dulu. Alamak awak yang kat belakang sana meh sini ke depan sikit. Ya! Awaklah. HEHE. Yang depan sekali tunduk sikit kepala tu. Bertenang semua. Oke ^^V

Lollipop manis sedap. Nyummmm.
(commercial break jap)
A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.  

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung. 

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. 

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.  

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.  

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.  

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.  

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi. 

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. 

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.  

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri. 

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.  

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.  

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman. 

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.  

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.  

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.  

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.  

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.  

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.  

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.  

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.  

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.  

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat. 

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
 
 Eh bugs bunny menari. Holla ;)

Wednesday 2 May 2012

Perubahan Sejati ;)

Bismillah wa Assalamu'alaikum Warahmatullah ^_^V

Tak sedar langsung. Pejam celik. Lepas tu pejam balik. Sampai dah tak tercelik celik langsung. Tu dah kronik sangat tu. Apa yang tak sedar sangat tu? Macam saspen sangat. Oh! Masa ni cepat sangat berputar. Semalam baru aje masuk bulan 5 dan Selamat Hari Pekerja agak terlewat lah saya ucapkan kepada semua para pekerja di Malaysia. Selamat berehat sehari. Persiapan nak sambung belajar. (^_~) Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Jadi, semakin bertambah hari, maka bertambahlah usia, kan. Nak berubah. Biarlah bukan semata-mata nak dapatkan pujian. Mesti betul kerana Allah. Meh sini sat baca puisi yang agak bermelodi ni. Jangan malas sangat lah :)

~ Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci, kerana dia sentiasa menyedari, niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni, kerana dia mengakui, makhluk bertanduk dua sentiasa "memerhati"! Ingatlah, Allah jua yang Maha Mengetahui. ~

~ Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita, Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi. Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut! ~
 
~ Wanita jadilah seperti mawar yang berduri. Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi, sayang tidak berduri. Apabila tidak berduri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati! ~



Semoga hari yang bakal kita lalui akan memberi seribu satu erti yang pasti akan mengukirkan sebuah lukisan kehidupan yang indah di sebuah pulau abadi ;)

Friday 27 April 2012

Akhirat is no. 1 for me!

Assalamu'alaikum Warahmatullah. ^_^V


Akhirat is no. 1, but Academic is not no. 2!

Mengingati akhirat bukan bermaksud tidak mempedulikan dunia, tetapi mengingati dunia biar di jalan yang diredhai NYA untuk menuju ke akhirat. Ingat peranan kita sebagai khalifah Allah - untuk beribadah. Betulkan kompas hati. Ya. Teringat pesanan Teacher Aishah, guru Addmath kesayangan :) Yess. Merangkap warden baru Asrama Puteri. QC stands for Quranic Circle. She introduced me about it 2 years ago. Ahakks. Rindu kut. Perkongsian ilmu duniawi dan ukhrawi semakin mendekatkan kami ke arah yang lebih diredhai NYA. InsyaAllah. Saling mengingati lebih baik bukan? Betulkan kompas hati - Means : Betulkan niat dan bersihkan hati. Matlamat mesti jelas. Tidak perlu bergantung kepada pujian. Ingat tu!

Insan yang paling tinggi darjatnya ialah orang yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah orang yang tidak melihat kemuliannya. -Imam Syafii-

 

Tuesday 24 April 2012

Segmen : Blog Pilihan Zamani 84

 Assalamu'alaikum Warahmatullah. ^_^V


Menariklah pulak tengok segmen ni. Terus terasa nak join :) 

Tarikh tutup : 24 April 2012 pada 11.59 malam 
(tengok kalendar dengan jam kat laptop. Masih sempat lagi ':) Fuhh. Alhamdulillah)

Tekan kat SINI kalau nak join. Meh kita pakat ramai-ramai. Sebelum terlambat.

Thursday 19 April 2012

✿ Erti Sebuah Persahabatan ✿

Assalamu'alaikum Warahmatullah. (^_^)V

Simbol apakah ini? In Additional Mathematics, this symbol is called "Infinity". So, what is the combination between friendship and the symbol? Infinity means : number larger than any other number or limitless area. Jadi, erti sebuah persahabatan itu amatlah bermakna bagi saya. Tidak terbatas! 

"Permintaan tolong dari orang lain kepadamu adalah nikmat maka janganlah merasa jemu sehingga malah berbalik menjadi petaka. Ketahuilah, sesungguhnya saat terbaik dalam hidupmu adalah saat dirimu DIPERLUKAN dan bukan MEMERLUKAN!"

-  Dr. 'Aidh Bin Abdullah al-Qarni -

Dalam bahasa Arab, pelbagai istilah yang boleh digunakan sebagai teman : Sahabat, Rafiq, Zamil dan Sadiq :)

Sahabat : Mereka yang selalu berjalan bersama kita ke mana sahaja.
Rafiq : Mereka yang selalu berdamping dengan kita (sentiasa berada di sisi).
Zamil : Sekadar kenalan (cukup sekadar mengenali nama dan tidak melebihi daripadanya).
Sadiq : Teman yang setia, sentiasa membenarkan serta sentiasa bersama tidak kira suka atau duka.

"Sebaik-baik teman itu adalah yang bermanfaat"


Alangkah indahnya, sekiranya sebuah persahabatan itu dibina berlandaskan kemaslahatan kerana Allah. Di syurga kelak, akan ada sebuah mimbar. Ada sebuah kaum padanya. Wajahnya bercahaya. Pakaiannya disinari cahaya daripada nur Allah. Mereka itu bukanlah daripada golongan anbia' mahupun golongan syuhada'. Tetapi, mereka adalah :

1. Orang yang berkasih sayang kerana Allah.
2. Orang yang bertemu kerana Allah.
3. Orang yang saling menziarahi kerana Allah.

Imam al-Ghazali pernah menyebut HAK SEORANG TEMAN :

1. Prihatin. Beri bantuan tanpa diminta.
2. Jaga lidah. Tidak menyakiti teman.
3. Jaga hati. Tidak berburuk sangka kepada teman.
4. Tulus dan ikhlas mengasihinya. Dalam susah/senang dan sakit/sihat.
5. Mendoakan teman. Semasa hidup atau setelah meninggal dunia.
Sebuah persahabatan yang ampuh. 

Tips : Amalkan DOA RABITAH (^_^)
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah menggambarkan beberapa kenangan yang sentiasa diabadikan sepanjang hayat ini - SK Taman Desa 2 ('02-'06), SMK Sungai Pusu ('07-'11). Ukhuwah fillah abadan. InsyaAllah.

Wednesday 18 April 2012

Segmen : Review by Lily

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

How's your day? Mudah-mudahan lebih baik daripada semalam. Dan esok lebih baik daripada sekarang. Hari ni, saya nak tulis entri pasal SEGMEN : REVIEW BY LILY. It's so simple. Itsy bitsy segmen. Let's join together!



1. Tulis entri bertajuk Segmen : Review by Lily

2. Letak banner di atas dan linkkan ke SINI

3. Follow dan tag beberapa lah orang. Ikut suka hati. 

4. Tarikh tutup : 31 Mei 2012

Tuesday 10 April 2012

Tak Datang Sekolah Sebab Shahid!

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

(^_^)V

Selamat Petang. Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat belaka. Pulangnya murid-murid dari sekolah menandakan sudah berakhirnya sesi persekolahan pada hari ini. Bagaimana? Alamak skemalah kakak sorang nih. Ada macam gaya cikgu tak? Hehe. Adik-adik semua, memandangkan saya sudah pun menghabiskan alam persekolahan, jadi layaklah saya ni dipanggil KAKAK. kankan? Untuk yang bawah 18 sahaja, oke!

Wahai Adik-Adikku sekalian,
Jangan ponteng sekolah tau! Selagi tubuh masih berdaya untuk berjalan, berlari dan bergerak walaupun untuk sekelumit waktu, bersyukurlah. Susunlah kesepuluh jari tangan dan bersyukurlah dengan mengucapkan Alhamdulillah kepada Sang Pencipta. Jangan mencuba sesuatu yang terlintas di luar batasan fikiran. Boleh jadi, sekiranya sesuatu yang terlintas di luar fikiran itu mampu mendatangkan kemudaratan kepada kita kelak.

Bersyukurlah kerana kita dapat hidup dalam sebuah negara yang bernama MALAYSIA. Tiada peperangan. Tiada sekatan kepada penuntut ilmu untuk belajar. Tiada penindasan kepada kanak-kanak, golongan wanita dan warga tua.


Buka mata. Lapangkan minda. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur kepadaNya. Amin.

Saturday 7 April 2012

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Assalamu'alaikum Warahmatullah.
 
Selamat pagi Sabtu :) Jom tunaikan Solat Dhuha. Magnet kepada rezeki kita semua. Jangan tidur lepas Subuh ye. Walaupun saya TAK pernah tak buat. Hehe. Tapi, mesti ada sesetengah orang yang memang istiqamah tak tidur lepas Subuh sebab dia tau nanti rezeki tak masuk. Nanti jadi orang yang rugi. Orang tua-tua pun selalu cakap macam tu. Sebab memang betul pun kan? Mestilah kalau bangun lambat nanti sarapan dah habis, pergi sekolah pun lewat, kena marah dengan bos sebab lewat sampai pejabat.


Jadi, apakah kelebihan solat sunat dhuha?

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya


Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurainsabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahuanhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

 
Sumber : Kelebihan Solat Dhuha