Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Thursday 24 October 2013

MUET Test Experience

Assalamualaikum peeps. 24 Oktober 2013 : otot jari digerakkan semula untuk berkarya. 

MUET (Malaysian University English Test). Alhamdulillah I have already done my speaking test yesterday. What a relief. It was an awesome and enjoyful experience. Although we have not well-prepared (it was only ME actually) , but we have done our part nicely. Good job guys. 

Intro mestilah kena ber'speaking' omputih sikit kan. Haha dah nama MUET test. Sangat mendebarkan. Betul. Serius. Tak tipu. Ini bukan cerita dongeng. Mula-mula, memang dah kompem satu kumpulan dengan perempuan je. Tiba-tiba. Alamak! Terpaksa diganti seorang wanita dengan seorang teruna yang turun dari langit ke berapa entah. It's alright, as long he contributes he's ideas and cooperates well with us. I really amazed with his courage although his pronounciation in English was not very well. Maybe it is because of his dialect. In the last partial minutes left before we began our test, he had encouraged us to be more out-spoken and not to be timid. Just express what you think, feel and understand. 

In the examination class.

All candidates have already done their individual task. We got a little bit easy question. About ways in spending our money (first salary). I lost my point at first. I was in controlled nervous and panic. Alhamdulillah, it was a coincidence and best fortune to us. For the group task, I enjoyed our conversation although we were lack of points at first. We almost finished at the fifth minutes. It should be stopped at the minute of ten. Fortunately, the man helped us. He was a candidate A and sat nearly beside me as I was a candidate B.

Candidate A : May I interrupt you ? (Fuhh *sigh. What a relief! He had saved the situation.)

Yes! That simple sentences which flowed swiftly from a mouth of an unknown man had brought to an amazing conversation. (With God permission) We successfully completed the task and concluded it in the interval of time given. Nevertheless, we are not really sure if our marks are in a good rank of qualification or not. We just hope that we could do it well and passed with flying colours. Amin :) 


Do pray for our excel and success in next MUET Test for writing, listening and reading tests on 23rd of November 2013. This test is been taken especially for those who are intend to further their studies in Malaysia. This qualification only limited for 3 years only. Do enjoy ^_^


Wednesday 16 October 2013

Humood Alkhudher - Keep Me True (Arabic, English)

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Genap 19. Masih dalam mood raya.

Pernah kenal siapa Humood Alkhuder ? 


Lagu ni berkaitan solat. So relaxing ^_^ with entertaining and creative video clip.



بالصلاة
تطيب لي الحياة
وأرضي بها الإله
يحلو الوصال
راحتي
إن ضاقت كربتي
توجهت لقبلتي
قم يا بـلال
فالأذان
يُشعرني الأمـان
والصـلاة
تعيـد لي الحيـاة

I see Your light
five times everyday
melting my fears away
Oh when I pray
I hear the call
it led me to Your door
I want my heart to soar
to You my Lord
Oh God above
bless me with Your love
and keep me true
loving and praising You

للإلـه
سعيت إلى الصلاة
منـاجاةً نجـاة
فـله المـآل
عزّتي
بركوعي وسجدتي
بها حريتي
لك ذا الجـلال
فالأذان
يشعرني الأمـان
والصـلاة
تعـيد لي الحيـاة

When I'm sad
and wipe away a tear
I know You're always near
my pain You hear
Oh I was lost
and no one was with me
I was blind but now I see
by Your mercy
Oh God above
bless me with Your love
and keep me true
loving and praising You

تعيــد لي الحيــاة

# credit to SaraKhalilahAkmal

Tuesday 15 October 2013

Di Sebalik Eid Adha

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H :)

Assalamualaikum. Sungguh ceria wajah rupawan berbaju aneka warna. Berbondongan ke masjid menyahut seruan Ilahi. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan “Kullu ‘am wa antum bikhair”.



Maksud di sebalik perayaan?

Eid (عيد), dalam bahasa Arab bermaksud kembali. Manakala, Adha (أضحى) yang diambil daripada perkataan (تضحية) membawa maksud pengorbanan. Selalu kita dengar nama lain bagi Aidiladha ni Hari Raya Korban kan? Yes sangat cliché.

Korban atau kurban bagi masyarakat Melayu mungkin sinonim dengan penyembelihan haiwan (such as lembu, kambing, unta and etc). But, it is not exactly what we understand. Qurban (قرباً) kat sini stand for hampir atau dekat yang diambil daripada perkataan (قرب) dalam bahasa Arab.

Jika dihayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. yang sanggup mengorbankan putera kesayangannya Nabi Ismail A.S. adalah hasil daripada pengorbanan yang membawa kepada ketaatan kepada Allah. Dalam masa yang sama, ujian tu mendekatkan lagi diri baginda kepada Allah. That’s why it is called Qurban. Memadailah hanya dengan mengorbankan sesuatu yang paling kita sayangi dengan penuh keikhlasan daripada mengorbankan haiwan ternakan sebagai sembelihan.

“Daging (haiwan kurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketakwaan kamu.” (Al-Hajj : 37)

Jadi, kalau Allah hilangkan seseorang atau orang yang paling kita sayangi dalam hidup, bukan bermakna Allah dah tak sayang kat kita. Sebenarnya Allah nak kita dekatkan diri dengan Dia. Dia rindukan tangisan dan rintihan kita. Allah nak kita selalu di sampingNya. Adil bukan ?

Setiap perayaan atau majlis pasti ada etika kan ?

* Bertakbir dan mengingati kebesaranNya
* Memperingati kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S. dan puteranya
* Tidak berlebihan dan tidak membazir
* Menjaga pergaulan (lelaki dan perempuan) – Nak sentuh yang ini! Watch from this video. ^_^


Video ni agak sarkastik. Harap terhibur dan berinformasi. Dan agak dikhususkan buat kaum Adam. So, bagi bloggers or readers yang bergender wanita : just jadi kan vice versa ea.

Maaf atas kekurangan atau terlebih lebih dalam menyampaikan sesuatu. Harap artikel ni dapat memberi manfaat kepada semua :) Selamat Hari Raya. Kalau ada salah, jangan segan silu untuk tegur hamba.

# credit to MrTheAllShared.

Tuesday 23 July 2013

Fotogenik kah?

Assalamualaikum Warahmatullah :) 

Jemari menaip butir-butir kalimah, menyeru manusia mengagungkan Tuhan. Actually, this blog was quiet abandoned for entire months and hopefully my fingers would create miracles. Biiznillah.

Kenapa fotogenik? Tiba-tiba terdetik nak menggerakkan jemari yang agak keletihan seharian. Menyiapkan tugasan a.k.a. assignment yang berminggu-minggu tertangguh. Alhamdulillah, our slideshow was already presented to the class and our lovely teacher, Madam Siti Hajar Aflah binti Shafuddin :) Tajuk pembentangan kami pun agak menarik minat semua orang untuk melebarkan keluasan telinga, walaupun dah capang, opps untuk mendengar celoteh kami. Perasanlah kan :p 

Tajuk pilihan kami agak bersifat universal. Ye ke? Entahlah. Tetapi, agak bersesuaian dengan keperluan semasa manusia. (The Harmful Substances in Cosmetic Products) : Maaf, kat ahli kumpulan kalau agak saintifik tajuk yang saya cadangkan dulu. Overall, all of you give me the best cooperation. Thanks a lot <3

Tajuk fotogenik tu langsung tak berkaitan dengan kerja kursus atau thesis, err maksudnya berangan kah? Alamak, malunya. Memang tak dinafikan yang saya memang takde kena mengena langsung dengan istilah fotogenik ni. Kalau ada yang tersembur keluar dari mulut sesiapa istilah 'fotogenik' tu, terima sahaja lah dengan hati yang lapang. Mungkin dia bermaksud kan sesuatu yang baik :) 

Pernah tak kalau kita terfikir, adakah istilah ini boleh digunakan untuk manusia kepada Tuhan. Hmm, lebih kurang macam ni lah. Orang yang fotogenik pasti memiliki raut wajah yang menarik, bukan? Bukan itu yang menjadi ukuran kita sebagai manusia di hadapan Tuhan. Jadilah kita fotogenik di hadapanNya. Madrasah Tarbiyah Ramadhan, memberi peluang kepada kita untuk mencari sebanyak peluang keampunan daripada Tuhan. Sudah tentulah orang pilihan sahaja yang berhak mendapat keampunan dan dibebaskan daripada seksaan kubur. Insha Allah. Fotogenik tafsiran saya : mencari perhatian Allah lebih daripada perhatian manusia. Tetapi, tidak bermaksud orang yang fotogenik ni suka cari perhatian. Jangan salah anggap pulak ye.



Tuesday 26 March 2013

Rahsia di Sebalik Tarikh Lahir Anda!

Assalamu'alaikum warahmatullah (^^) It was quite a boredom, so I had posted this entry to all of my  fellow readers. (Perhaps XD huhu)

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir :
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;    tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

 6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga
yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Say cheese ;) Snapsnap.

Monday 25 March 2013

Karya : Sepasang Mata Kecilku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamu'alaikum. What's up peeps? I do hope we are blessed with Allah's blessings.

Nak berkarya pulak tetiba kan. It sounds weird, right? This was just a trial, a little bit like exercises for my writing skill. 

Caknakah kita dengan penderitaan mereka?
Let's check it out! 

Sepasang mata kecilku ini, 
Tertancap pada gahnya semangatmu,
Jiwa besar anak-anak kecil,
Setinggi gunung hijau mencapai 
tujuh lapisan awan,
Menghunus senjata tanpa rasa gentar,
Mengibarkan panji obor agama,
Berdirinya barisan singa syuhada' pada jalanMu,
Di bawah naungan sayap ribuan
para malaikat,
Bangkitlah semangat kepahlawanan Badar,
Berpaksikan matlamat murni yang syumul,
Syahid di jalanMu adalah yang utama.
Selamatkan bumi yang diberkati ini!

Sepasang mata kecilku ini,
Kagum melihat bibirmu menguntum senyuman,
Tatkala bumi anbia dimakmurkan dengan
darah syuhada',
Sudah sampai waktunya keadilan
membelah kebatilan,
Percaya pada janjiNya tiada dusta,
Kunci syurga itu pada tanganmu.

Sepasang mata kecilku ini,
Mengalirkan butir jernih keinsafan,
Belenggu kezaliman taring hitam pembedil,
Menghantui benak fikiranku,
Apakah jawapan sepasang mata kecil
ini pada Ilahi?
Tatkala mereka dihimpit kesengsaraan. 


# Sajak ni sebenarnya bertemakan perjuangan. Subhanallah, kalau nak bandingkan kehidupan kat negara-negara yang tengah bergolak sekarang dengan Malaysia, mestilah kita jawab : Malaysia is the best country to live because of its tranquility. The answer is can either be right or wrong. Sebab beruntungnya mereka tu, adalah kerana mereka berpeluang untuk merasai kemanisan dalam berjuang, atas dasar menegakkan SYIAR ISLAM. Sheikh Ramadhan al-Buti Rahimahullah dimaklumkan meninggal dunia dalam serangan bom penyerang berani mati. Allahuakbar! (Sesi muhasabah diri ye :) diri ini akur dengan kelemahannya)


Saturday 9 February 2013

Bolehkah umat Islam mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina ?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum pembaca sekalian :)

Hari ini 9 Februari 2013. Esok? 

Cuti sekolah ke? Tahun Baru Cina kut. Betul lah tu. Tepuk tangan sikit untuk diri sendiri. (Y)

Nak share sesuatu lah tentang perayaan Tahun Baru Cina yang disambut dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 

SOALAN :

Apa hukum kalau wish Selamat Tahun Baru Cina atau Happy Chinese New Year, coz saya ada job yg memerlukan utk buat wish sebegitu?

JAWAPAN :
Bismillahirrahmanirrahim. Hukum memberi ucapan tahun baru cina. Hukumnya harus kerana ia adalah sambutan bersifat bangsa, bukan agama. Bangsa Cina ada kalendar lunar khas yang dikongsi oleh seluruh bangsanya tanpa mengira agama. Penganut buddha, taoist, hindu, dan lain-lain bersama-sama meraikannya. Malah, umat Islam di China juga merayakannya. Asalkan ucapan perayaan tersebut tidak disertai unsur-unsur agama, maka hukumnya memang boleh. Ulama spt Nik Aziz, Haron Din dan lain-lain telah mengharuskan untuk meraikan tarian singa Cinggeh.

Perhatian: Sambutan Krismas, Deepavali bukan perayaan bangsa, tapi agama. Hukum tentang sambutan perayaan agama tak sama macam perayaan tahun baru cina.
Wallahua'lam :) Sumber ini dicari di carian Mr.Google dan boleh klik di sini.

Segmen : Jadikan Follower Overload

With the name of Allah and Peace be upon all my readers :)


Click here

Tuesday 15 January 2013

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

Peace be upon to all lovely readers :)

Lihat awan di sana, berarak mengikutiku. 
Pasti Dia pun tahu. (Lalala, happy sangat lah tu dapat at least I had spent a few minutes to update this blog, right?)

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen, join nak?
So, on this opportunity, I would like to join this  segment by Hanif Idrus. It's sound simple to join. No much time needed. At least, my blog is updated enough for this year. Actually, for this month, right. Hee. Lately, I was so busy completing my assignments. Just make it easy. We go through this segment : It'll last on..

9th of February 2013

For lucky bloggers, you will get three exclusive key-chains given by Hanif which he collected for his loyal blog readers through the 2012 year :) Just click those highlighted name to join the segment.