Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Sunday 18 March 2012

Pensel, Pensel Warna, Pemadam dan Gunting :)

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Awak semua, dalam kehidupan kita ni, macam-macam yang akan kita lalui. Pahit atau manis. Semuanya akan kita harungi. Cuma bila, di mana dan bagaimana situasi yang kita lalui tu agak berbeza sedikit dengan orang lain. Betul tak? :)

Jadilah kita seperti PENSEL, yang mampu menulis kebahagiaan dalam hidup orang lain.



Jadilah kita seperti PENSEL WARNA, yang mampu melakarkan keceriaan dan mewarnai kehidupan orang lain, bak pelangi yang muncul setelah redanya hujan.


Jika tidak mampu, maka jadilah kita seperti PEMADAM lembut, yang mampu menghilangkan kesedihan orang lain.


Jadilah kita juga seperti GUNTING, yang kreatif dan inovatif dalam mengubah suai kedukaan menjadi sesuatu yang lebih bermakna macam origami yang comel :) 




Jangan jadi seperti GUNTING yang mampu memisahkan kebahagiaan sehingga mengakibatkan kedukaan dalam hidup orang lain.

Friday 16 March 2012

Jangan Tidur Lagi !

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Mari sini duduk rapat-rapat. Buka mata bulat-bulat berdiameter 5 sentimeter. Guna pembaris ukur mata tu. (o.0) Cukup besar lah tu kan. Nak kongsi sesuatu dengan awak semua. Ini bukan rancangan tv atau mahu memprovokasi mana-mana pihak. Oke? Saya nak ajak awak supaya kita semua dapat selamat daripada azab kubur. Nak ke kalau mayat kita kena belit dengan ular besar? Kena sengat dengan kala jengking? TAK NAK kan. Jadi, jangan tidur lagi SEBELUM al-Mulk.


Diriwayatkan daripada Anas Ibnu Malik berkata : Nabi SAW telah bersabda : "Sesungguhnya kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah, kecuali "Tabaarakal Lazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu.

Malaikat : Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu. Sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada si dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah syafaat daripadanya. 

Then, dia (surah) pun berjumpa dengan Allah. Surah pun beradab bila nak jumpa dengan Allah. KITE 3x? Ini memang betul-betul oke. Jangan tak percaya pulak. Kehidupan di alam ghaib memang jauh berbeza dengan dunia. Inilah yang dinamakan asSam'iyyat. 

Surah : Wahai tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya. Bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka, jika engkau ingin berbuat demikian, padamkanlah saya dari kitabmu. (Agak marah)

Allah (firman) : Aku nampak kamu marah.

Surah : Sesungguhnya saya marah.

 Allah (firman) : Pergilah. Sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.

Nabi SAW bersabda : "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati."

Nak tau tak apa yang terjadi lepas tu? Surah tu datang kepada si mati. Dia letakkan mulut dia kat mulut si mati tadi. Dia kata : SELAMAT DATANG kepada mulut kerana (membaca), dada (menghafal dan menjaga) dan kaki (berdiri dan membaca). Subhanallah. Allahuakbar.

# Surah al-Mulk diberi nama al-Munjiah : yang menyelamatkan :) Lepas baca surah al-Mulk, ada doa. Kalau nak tau, meh SINI usha.

Thursday 15 March 2012

Cinta Kampus

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Best tak tajuk ni? Eh, ada yang baru tajuk pun dah tersenyum. Malu ke? Atau pun pernah mengalami situasi tersebut? Cer cite sikit pengalaman tu. (^_^) Kenapa ek orang cakap cinta kampus? Kenape tak cinta tadika ke, cinta sekolah ke, cinta pejabat ke. kankan. Kalau pernah tengok kat iklan-iklan dalm tv, kat kampus ni lah kisah cinta bermula. Bila terlanggar, buku terjatuh. Angkat buku-buku samasama. Lepas tu, aduih. Dari mata turun ke hati. Sweet lah tu kan?

Ramai orang beranggapan, bila dah masuk ke alam perkampusan ni, kita perlu bercouple lah. Berpacaran lah. Kalau takde pakwe/makwe ni, takut orang kata kita ni kolot lah. Betul ke? Siapa tak sokong, ANGKAT IBU JARI KAKI! :) Walaupun aku ni baru nak menginjak ke dunia kampus ni,  aku rasa terpanggil untuk mengulas berkenaan isu semasa ni.


Cinta itu HADIAH. Kenapa lebih sayangkan daripada PEMBERI hadiah?

Ayat tu memang baik punya lah. Aku baca kat status FB seseorang ni. Memang menyentap kalbu betul lah. Cinta tu memang lah FITRAH setiap manusia, ingin dicintai dan mencintai. Tapi, tatkala cinta itu dilabuhkan pada yang tak selayaknya, maka akan berlakulah FITNAH. 

Respon Siswa 1 :  Salah ke kalau nak bercinta? Cinta kan boleh naikkan semangat kita kalau nak belajar. Sekurang-kurangnya, ada lah orang yang mendorong kita supaya terus belajar je. Orang yang tak bercinta ni kolot lah. Takda orang yang suka diorang lah tu. Tak cool lah macam tu. Macam orang kuno tak up-to-date langsung. 

Respon Siswa 2 : Cinta fitrah kepada setiap makhluk yang diciptakan daripada tanah. Jangan jadikan cinta ni sebagai penghalang kepada kejayaan kita. Bercinta boleh, tapi mestilah ke arah perkahwinan. Tapi, lebih baik bercinta lepas kahwin. kan sweet gitu :) Walaupun  berlandaskan syariat, eloklah kita dekatkan diri ni dengan ilmu sebagai bekalan kita di akhirat kelak. NO couple, NO declaration, NO commitment. Kalau nak buat study group, baik lah dengan kawan-kawan je. Kalau berdua, nanti berdating je yang lebih. Boleh naikkan semangat? Takda maknanya. Kawan-kawan aku yang lain pun kata takda faedah pun buat benda-benda lagha macam ni. Ada pihak ketiga yang akan datang : Syaitan. Maka, akan berlakulah perkara-perkara yang tak diingini macam zina. kankan? 

Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 32 yang bermafhumDan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.

Mana satu yang menjadi pilihan anda? Fikir-fikirkanlah. Because, IT'S ALL ABOUT YOUR MIND!

# Ni sekadar perkongsian sahaja. Tiada maksud untuk ditujukan kepada mana-mana individu/pihak. In my opinion lah kan, sebaiknya biarlah Allah yang tentukan aturan hidup kita. Belum tentu lagi SI DIA tu jodoh kita. Ustazah aku pernah cakap, kalau suka seseorang, simpan erat-erat dalam hati. Hanya kita dan ALLAH sahaja yang tahu. Mudah-mudahan dialah jodoh kita. :) Wallahua'lam.

Tuesday 13 March 2012

Jom Bercuti di KidZania :)

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Selamat bercuti sekolah. Tiada perancangan untuk bercuti di mana? Jomlah pergi ke KidZania yang bertempat di Mutiara Damansara, berdekatan dengan The Curve Shopping Mall. Memandangkan usia pun semakin menginjak ke alam dewasa, naluri kewanitaan pun semakin terserlah. (^_^) Hari ini, rancangan Wanita Hari Ini sekali lagi memaparkan rencana berkenaan aktiviti semasa cuti sekolah yang telah berlangsung di KidZania.

Kepada para ibu, bapa, kakak dan abang kat sana tu, boleh lah bawa anak-anak atau adik-adik anda semua ke sana. Tak rugi pun. Memang menguntungkan. Tak perlu risau untuk meninggalkan anak bersendirian di sana. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Percayalah. Dijamin 100%. Bayaran? Amat berpatutan dan anda pasti berkemampuan untuk membayarnya. Nak tahu apa dia KidZania? Meh sini.

Dirasmikan pada 28 Februari 2012

Apa itu KidZania?

KidZania menyediakan persekitaran yang selamat, unik, dan merupakan pusat hiburan dan pendidikan yang sangat realistik yang membolehkan kanak-kanak yang berumur di antara 4-12 untuk melakukan apa yang datang secara semulajadi kepada mereka, seperti memainkan peranan dengan meniru secara tradisi aktiviti dewasa kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Seperti dalam dunia sebenar, kanak-kanak menjalankan "kerja" dan dibayar, sama ada untuk kerja mereka atau berbelanja untuk membeli-belah atau untuk diberi layanan. 

KidZania juga merupakan sebuah bandar untuk anak-anak di mana pertubuhan yang paling kerap ditemui di setiap bandar dicipta semula, seperti hospital, balai bomba, salun kecantikan, bank, stesen radio, studio TV, sebuah pasar raya, restoran pizza, jualan kereta, teater dan banyak lagi.



Melalui penubuhan KidZania, anak-anak dapat meniru orang dewasa semasa mereka menjalankan lebih daripada 90 peranan berbeza yang sebenar, seperti pembuat biskut, mekanik, model, doktor, seorang pelukis, pelakon, dan lain-lain lagi.






KidZania mempunyai mata wang tersendiri, iaitu kidZo. Dengan kidZos, anak-anak dapat merasai pengalaman membelanjakan wang mereka seperti membeli barangan atau perkhidmatan. Mereka juga boleh membeli barangan di kedai jabatan, mendapat kidZos dengan bekerja dan menyimpan ke dalam akaun simpanan di bank.



Berminat? 
KidZania kini dibuka pada :

Isnin hingga Jumaat
Sesi persekolahan : 10.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah
Sesi Pagi : 10.00 pagi - 3.00 petang
Sesi Petang : 4.00 petang - 9.00 malam

Harga tiket boleh diperoleh dengan harga serendah PERCUMA hingga RM 55.00 bagi peringkat umur bayi, anak kecil (2-3 tahun), kanak-kanak (4-17 tahun), dewasa (18-59 tahun) dan warga tua (60 tahun dan ke atas). Harga tiket ini hanya boleh diperoleh oleh warga negara Malaysia SAHAJA.

Bagi pengunjung ANTARABANGSA, bayaran adalah sama, KECUALI kanak-kanak dikenakan bayaran RM 75.00 dan dewasa pula sebanyak RM 50.00. Untuk maklumat lanjut, sila klik SINI.



# Seronoknya. Tapi, umur dah lanjut. Hehehe. (",) Kenapa lah masa kecikkecik dulu takde pun benda best macam ni. (;-_-) Perasan muda betul. Kempunan lah aku. Waaaa~ Batu Belah Batu Bertangkup.

Monday 12 March 2012

Segmen Cuti Sekolah : Kumpul Link Untuk Blogwalking!

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Cuti sekolah tiba lagi! Seminggu duduk di rumah. Bosan? Jom sertai 'Segmen Cuti Sekolah : Kumpul Link Untuk Blogwalking!' oleh NABILA MEDAN Official Blog.


Syarat -syarat :

* Follow Blog INI.Yes, untuk perkembangan seterusnya.

* Buat Entri? Yes.

* Title - Segmen : Jom Kumpul Link Untuk Blogwalking!

* Letak banner comot tu dan link kan semula ke SINI

* Tag? Terserah :)

* Tarikh Tutup : 12 Mac 2012, jam 6 petang.

Ayah atau Kelas Tambahan?

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Pada suatu hari yang agak terik, tetapi mendung.

Jalan-jalan pergi sekolah. Rindu. Mungkin. Sebenarnya, ada urusan sikit lah yang nak di'settle'kan dekat asrama. Sampai agak lewat. Kebetulan hari itu merupakan hari Jumaat, memang agak ramai lah orang yang nak meninggalkan sekolah. Balik rumah awal lah kan. -_- Takpe. It's oke. Tapi, dapat jumpa dengan adik[s] junior yang comel belaka pun dah cukup membuatkan hati aku berbunga kembali. Bak mawar merah yang kembang mekar dan mewangi meliputi seantero dunia. Hiperbola betul. 

Waktu Zohor pun dah nak masuk. Naik la tangga asrama. Alasan : Nak solat kat surau asrama. Padahal sesaja nak lepak dengan budakbudak asrama. Kebetulan minggu tu pula memang minggu pulang bermalam. Public phone memang sesak lah dengan adik- adik yang tak sabar nak melepaskan rindu dengan keluarga tercinta. Beratur panjang sampai ke blok dewan makan. Wow, panjangnya! Oke, tipu je.

Tengah asyik dok bersembang dengan adik[s] junior tingkatan 3, tiba-tiba ada seorang makhluk Allah + adiknya yang juga merangkap teman kepada adik[s] ni tadi. Menangis teresak-esak. Nama dia Fatimah (nama samaran). Salah seorang daripada adik[s], Zainab (pun nama samaran) datang menerpa Fatimah, sambil memujuknya.

Zainab : Kenapa menangis ni?

Fatimah : Ayah saya dimasukkan ke wad. Patutlah tadi saya call ibu, ayah, adik dan abang banyak kali. Tapi tak berjawab pun. Ibu kata tangan ayah tak boleh bergerak. Mungkin terkena strok. (Air mata bercucuran dengan deras sekali membasahi pipinya).

Zainab : Bersabarlah. Jangan menangis lagi. Saya faham perasaan awak. Tetapi, kalau saya menangis di hadapan awak, pasti kesedihan awak akan bertambah lagi. Saya tak nak menangis di hadapan awak. Saya hormati perasaan awak. Ayah awak pasti akan sembuh. Yakinlah dengan kuasaNya. Kalau awak rasakan ujian ini amat berat, ingatlah bahawa ada lagi insan lain yang menderita dan ujiannya lebih berat berbanding awak. Boleh jadi awak tidak mampu untuk menghadapinya.

Fatimah : Baiklah, terima kasih ukhti. Tetapi, minggu hadapan kita ada kelas tambahan. Takkan nak ponteng kut. 

Zainab : Awak ada dua pilihan. Seorang ayah atau ribuan kelas tambahan yang awak boleh hadiri pada lain-lain hari? Saya pun tak dapat menghadiri kelas tambahan tu. Keluarga saya terpaksa pulang ke kampung. Relaks lah. Awak masih ada ramai lagi teman yang boleh dijadikan tempat rujukan, sekiranya awak memerlukan pertolongan dalam pelajaran. 

Fatimah : (Terdiam seketika. Berhenti menangis.)

Aku terkesima seketika tatkala mendengar kepetahan Zainab yang berbicara dengan penuh hikmah dan hemat. Langsung tidak mengguriskan hati sahabatnya. Juga mampu membuatkan sahabatnya berfikir sejenak tentang kepentingan yang perlu lebih diutamakan buat masa ini. Subhanallah. Bicaranya jauh berbeza sekali dengan umurnya yang masih muda berbanding aku.

La tahzan. Bersabarlah, wahai Fatimah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar. Mudah-mudahan hidupmu diberkatiNya. Amin.


# Pelajaran memang penting untuk bekalan di dunia dan akhirat. Tetapi, fikirkanlah apa yang terbaik untuk kita pada sesuatu masa tertentu. Jika hati masih bersedih, lebih baik kita mencari ketenangan dengan menziarahi orang yang sakit. Justeru, kita akan lebih mengingati mati dan itu adalah sebijak-bijak manusia. Tenangkan fikiran dan sentiasa bersabar, barulah mudah untuk kita menumpukan perhatian kepada pelajaran. 

Wallahua'lam :)

Sunday 11 March 2012

Hijab Cheklist :)

Assalamu'alaikum Warahmatullah.


Allah mensyariatkan wanita supaya menjaga aurat :) Sebab aurat tu merupakan sesuatu keaiban yang terdapat pada anggota badan kita yang wajib dipelihara daripada pandangan ajnabi. Oke? Ada faham. Specialnya wanita ni sangatsangat lah tak dapat nak digambarkan. Hanya Dia saja lah yang tahu. Kan.

Jadi, saya nak buat kesimpulan kat sini :
  1. Niat mesti kerana Allah.
  2. Tudung/Hijab tidak jarang.
  3. Tidak bertabarruj (berhias, melawa secara berlebihan dan bukan pada yang hak).
  4. Tudung/Hijab longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh wanita yang menawan tu.  
  5. TIDAK memakai wangian. Kalau nak pakai boleh. Tak salah pun.Tapi, berpada-pada lah ye. Jangan sampai jadi fitnah pula. Cukup untuk dihidu oleh tuan empunya badan.
  6. TIDAK memakai kasut bertumit tinggi (sehingga mengubah gaya berjalan : terlalu melenggok). Means : Jalan tu elok-elok. Jangan sampai menarik perhatian orang lain hanya melalui cara kita berjalan.
  7. TIDAK memakai alat solek. Boleh, tetapi jangan terlalu tebal sehingga mengubah rupa paras seseorang.
  8. Tiada bonggol unta. Tahu tak gapo dia bonggol unta tu? Dalam hadis pun ada disebutkan perihal berikut. Nak tahu selanjutnya? Klik SINI :)
Maksudnya: “Rasulullah pernah bersabda dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat, kumpulan manusia yang memegang cemeti seperti seekor lembu lalu memukul manusia (zalim) dan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan kepada menarik perhatian orang lain, rambut mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan mencium baunya walaupun baunya boleh dicium dengan jarak sekian sekian."

Dah lengkap? Hiasilah dirimu dengan iman, ilmu dan akhlak. Malu yang sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan Iman kepada Allah. Malu menutup aurat, adalah malu yang TERCELA.
  

Segmen : Contest Blog Gorgeous by Raraa


Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Jom join "Segmen : Contest Blog Gorgeous by Raraa".

Sila tekan SINI untuk syarat-syarat. Senang sahaja :)

Tarikh tutup : 1 April 2012

TAG :



Wednesday 7 March 2012

Teka Teki Imam Ghazali kepada Anak Muridnya

Assalamualaikum Warahmatullah.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "


Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan"
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "


Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "


Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia ?"
Murid 1 = " Baja"
Murid 2 = " Besi"
Murid 3 = " Gajah "


Imam Ghazali" Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"


Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?"


Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang "


Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. "

Semoga Beramal ;)