Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Friday, 16 March 2012

Jangan Tidur Lagi !

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Mari sini duduk rapat-rapat. Buka mata bulat-bulat berdiameter 5 sentimeter. Guna pembaris ukur mata tu. (o.0) Cukup besar lah tu kan. Nak kongsi sesuatu dengan awak semua. Ini bukan rancangan tv atau mahu memprovokasi mana-mana pihak. Oke? Saya nak ajak awak supaya kita semua dapat selamat daripada azab kubur. Nak ke kalau mayat kita kena belit dengan ular besar? Kena sengat dengan kala jengking? TAK NAK kan. Jadi, jangan tidur lagi SEBELUM al-Mulk.


Diriwayatkan daripada Anas Ibnu Malik berkata : Nabi SAW telah bersabda : "Sesungguhnya kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah, kecuali "Tabaarakal Lazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu.

Malaikat : Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu. Sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada si dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah syafaat daripadanya. 

Then, dia (surah) pun berjumpa dengan Allah. Surah pun beradab bila nak jumpa dengan Allah. KITE 3x? Ini memang betul-betul oke. Jangan tak percaya pulak. Kehidupan di alam ghaib memang jauh berbeza dengan dunia. Inilah yang dinamakan asSam'iyyat. 

Surah : Wahai tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya. Bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka, jika engkau ingin berbuat demikian, padamkanlah saya dari kitabmu. (Agak marah)

Allah (firman) : Aku nampak kamu marah.

Surah : Sesungguhnya saya marah.

 Allah (firman) : Pergilah. Sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat ke atasnya.

Nabi SAW bersabda : "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati."

Nak tau tak apa yang terjadi lepas tu? Surah tu datang kepada si mati. Dia letakkan mulut dia kat mulut si mati tadi. Dia kata : SELAMAT DATANG kepada mulut kerana (membaca), dada (menghafal dan menjaga) dan kaki (berdiri dan membaca). Subhanallah. Allahuakbar.

# Surah al-Mulk diberi nama al-Munjiah : yang menyelamatkan :) Lepas baca surah al-Mulk, ada doa. Kalau nak tau, meh SINI usha.

2 comments:

  1. nice...follow sini..follow saya balik k..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah.. follow dah, jgn lupa singgah blog sy

    ReplyDelete