Assalamu'alaikum Warahmatullah.
Allah mensyariatkan wanita supaya menjaga aurat :) Sebab aurat tu merupakan sesuatu keaiban yang terdapat pada anggota badan kita yang wajib dipelihara daripada pandangan ajnabi. Oke? Ada faham. Specialnya wanita ni sangatsangat lah tak dapat nak digambarkan. Hanya Dia saja lah yang tahu. Kan.
Jadi, saya nak buat kesimpulan kat sini :
- Niat mesti kerana Allah.
- Tudung/Hijab tidak jarang.
- Tidak bertabarruj (berhias, melawa secara berlebihan dan bukan pada yang hak).
- Tudung/Hijab longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh wanita yang menawan tu.
- TIDAK memakai wangian. Kalau nak pakai boleh. Tak salah pun.Tapi, berpada-pada lah ye. Jangan sampai jadi fitnah pula. Cukup untuk dihidu oleh tuan empunya badan.
- TIDAK memakai kasut bertumit tinggi (sehingga mengubah gaya berjalan : terlalu melenggok). Means : Jalan tu elok-elok. Jangan sampai menarik perhatian orang lain hanya melalui cara kita berjalan.
- TIDAK memakai alat solek. Boleh, tetapi jangan terlalu tebal sehingga mengubah rupa paras seseorang.
- Tiada bonggol unta. Tahu tak gapo dia bonggol unta tu? Dalam hadis pun ada disebutkan perihal berikut. Nak tahu selanjutnya? Klik SINI :)
Maksudnya: “Rasulullah pernah bersabda dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat, kumpulan manusia yang memegang cemeti seperti seekor lembu lalu memukul manusia (zalim) dan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan kepada menarik perhatian orang lain, rambut mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan mencium baunya walaupun baunya boleh dicium dengan jarak sekian sekian."
Dah lengkap? Hiasilah dirimu dengan iman, ilmu dan akhlak. Malu yang sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan Iman kepada Allah. Malu menutup aurat, adalah malu yang TERCELA.
alhamdulillah., semoga sy terus memakai hijap :)
ReplyDeleteInsyaallah :) semoga kita sentiasa berada di bawah rahmatNya.
Deletealhamdulillah....suke betul entry ni :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Allahumma Amin :)
Delete