Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Tuesday 5 January 2016

Fenomena Peperiksaan

Assalamu'alaikum Warahmatullah :) With the name of Allah :
the Most Gracious and the Most Merciful.


Apa yang aku perhatikan sepanjang minggu peperiksaan ni, macam-macam perkara luar tabii berlaku, antaranya:

1. Makan sambil membaca buku. Adalah lebih baik sekiranya dikhususkan waktu untuk makan walau sebentar.

2. Berjalan sambil membaca dan menghafal fakta, akronim, analogi, diagram dan sebagainya mengikut subjek yang akan dijawab untuk peperiksaan.

3. Fenomena bangun awal untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan. Adalah lebih baik sekiranya ditambah dengan amalan sunat seperti solat sunat Tahajud, berzikir dan membaca al-Quran.

4. Fenomena tidur sepanjang hari ketika cuti senggang antara dua peperiksaan.

5. Menyalin nota pelajaran yang tertangguh semenjak awal semester dan tidak ketinggalan juga, ada yang mengambil nota kawan sekelas tanpa pengetahuannya.

6. Mandi sekali sehari. 

7. Emosi tidak stabil, sehingga bermasam muka ketika berselisih. Ekspresi muka ini suatu ekspresi natural yang tidak disengajakan, mungkin kerana seseorang itu gelisah dengan soalan yang bakal dihadapinya ketika menjawab peperiksaan atau percubaan untuk menahan perasaan suka yang berlebihan dan banyak ketawa.

Ya, tidak dinafikan semua pelajar bakal melalui hampir kesemua pengalaman ini, termasuk juga aku. Pengalaman ini adakalanya mencuit hati dan bakal menggamit sebuah kenangan dalam hidup apabila telah menginjak ke alam pekerjaan. Adakalanya juga menimbulkan pelbagai tanda tanya di benak fikiran, 

'Adakah ini suatu norma kehidupan seorang pelajar/mahasiswa menjelang minggu peperiksaan? Ini suatu anjakan paradigma yang harus dikekalkan momentumnya!'

Bagi aku, apa yang melucukan ialah ketika kawanku berjenaka dengan mengatakan bahawa Pen dan Sudu yang digabungkan dengan getah boleh menghasilkan suatu produk peperiksaan (examination product) bagi mereka yang makan sambil mengulang kaji pelajaran.

Sudu digunakan untuk makan. Tangan tidak perlu dicuci sebelum dan selepas makan.
Manakala, pen digunakan untuk mencatat isi yang perlu diambil perhatian untuk peperiksaan.

Ini sekadar untuk melepaskan ketegangan minda setelah penat bekerja. Oh  ya, pendapat peribadi aku berkaitan fenomena ini. Kenapa aku katakan 'luar tabii'? Sebab perkara ini bukan perkara yang biasa dilakukan oleh kita (pelajar/mahasiswa) sebelum menjelang minggu peperiksaan.

Tetapi, sekiranya perkara (yang baik dan positif) ini diamalkan secara berterusan, ia akan menghasilkan produk (pelajar/mahasiswa) yang berkualiti dari aspek akademik, rohani, jasmani dan sahsiah yang bukan sekadar menjadi hamba kepada sistem pendidikan yang berorintasikan peperiksaan atau exam-oriented. 

*No offense. This is the truth and reality of life that we face through the whole life.

Apa yang perlu ditegaskan ialah, kita yang perlu mengubah suasana, bukan suasana yang mengubah kita. Jagalah hubungan dengan Allah dan manusia. Pesanan ini juga aku tujukan buat diri aku yang seringkali alpa dengan dunia.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd 13:11)
 
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra'd 13:28)

Berkaryalah Semahunya

Assalamu'alaikum Warahmatullah :) With the name of Allah :
the Most Gracious and the Most Merciful.
 
Buat Pendosa dari Pendosa

Semakin kencang nafas dihela,
Semakin deras sesak di dada,
Bagai alam diselimuti jerebu,
Bagai rongga diselubungi debu,
Seluruh jasad turut merasa,
Mata jadi kabur,
Jiwa jadi sungkur,
Mencari jalan tak kunjung temu,
Dalam gelap lorong berliku-liku.

Fitrah manusia acapkali terlupa,
Bongkak dan angkuh dengan nikmat,
Hanyut dalam dunia yang fana,
Tatkala diuji Tuhan dipersalahkan,
Takdir diperkotak-katikkan,
Nyawa dipertaruhkan.

Cuba kau imbas kembali,
Sudahkah kau ucapkan syukur?
Sudahkan kau sebarkan salam?
Sudahkah kau tunaikan amanah?

Lantas, mengapa kau membungkam tanpa kata?

Wahai jiwa yang terkapai-kapai,
Atas dasar apakah hidup ini?
Sekadar berhibur lupakan daratan,
Atau berduka di dunia abadi?
Tidak!

Kejarlah cita-cita yang abadi,
Carilah jalan yang sebenar,
Tiada istilah terlambat,
Selagi nyawa masih terkandung.

Pesanan ini dari hati,
Buat hati yang merindui pemiliknya,
Kita pendosa tiada sempurna,
Kita hamba tiada kuasa,
Kita manusia perlukan pencipta.

Nurul Syafiqah Airussham
15 ‎Disember ‎2015, ‏‎18:49:36
IIUM Gombak

Tahun 2015, Tahun yang Paling Mencabar

Assalamu'alaikum Warahmatullah :) With the name of Allah :
the Most Gracious and the Most Merciful.

2015 merupakan tahun yang paling mencabar bagi seorang insan bernama Nurul Syafiqah Airussham. Ya, itu nama penuh aku.


Kali ini, aku nukilkan entri ini sebagai coretan terindah dalam hidupku. Mungkin boleh dijadikan sebagai bahan bacaan dan inspirasi buat anak cucuku kelak. Sungguh, ingin aku nyatakan bahawa sepanjang tahun 2015 ini pelbagai onak dan ranjau dalam kehidupan telah aku lalui.


2015, tahun aku menamatkan pengajian di Darul Quran, segala tenaga digembleng demi menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dan menggapai sijil penganugerahan Diploma Tahfiz wal Qiraat.

2015, tahun aku berkhidmat sebagai Sekretariat Menyambung Pengajian ke Timur Tengah dan Universiti Tempatan (SMUTEM).

2015, tahun aku merasai peritnya apabila ditolak dalam percintaan.

2015, tahun aku dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Majlis Khatam al-Quran 2015 dan penerima Anugerah Perdana Menteri Darul Quran JAKIM sempena Majlis Istiadat Konvokesyen 2015.

2015, tahun aku ditolak kemasukan ke Universiti Malaya dan diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada September 2015.

2015, tahun aku belajar dalam suasana baharu, bersama para pensyarah yang berasal dari negara Timur Tengah dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

2015, tahun aku diberi amanah sebagai BRC Block E Mahallah Asma’.


Jika ingin dicoretkan, tidak terungkap segala yang tidak tersingkap. Cukuplah tahun 2015 ini telah menjadi saksi kepada jatuh dan bangun aku sebagai insan yang sentiasa inginkan perubahan dan kemajuan dalam diri.


Jika ingin diungkap ucapan terima kasih pula, tidak mampu aku ungkapkan walau dengan setinta dakwat yang terukir ucapan ‘TERIMA KASIH’ di atas sehelai kertas putih. Jutaan mahupun infiniti ucapan terima kasih dan syukur kepada Allah, ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan insan-insan murni yang mendoakan diriku ini.


“Pengalaman silam mengajar erti hidup”.


Ya, aku banyak belajar dari pengalaman dan kesusahan yang aku lalui dalam hidup sebagai insan yang bergelar anak dan pelajar/mahasiswi.

Setiap ruang dan peluang untuk memperbaiki diri tidak akan disia-siakan.


Teringat pesanan ibuku, “jangan difikirkan perkara yang tidak penting dan mengganggu fikiranmu. Fokus dalam ibadah dan pelajaran. Jagalah Allah agar Dia peliharamu dalam setiap tindak-tandukmu”.

Aku terinspirasi dengan kata-kata ibu dan juga insan seperti beliau : Hanif Mahpa

"Read, you will conquer the world!"- antara bait katanya.





*Inspirasi buat diriku untuk tahun 2016 (Gambar)

SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com


Nak join Segmen ni ? 50 blogger yang terawal dan mengikut kesemua syarat akan terpilih ! First come . First serve ! :D

Caranya mudah sahaja !

SYARAT WAJIB


1. Buat SATU entri bertajuk --->  SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com
2 . Kemudian , ikut step seterusnya di blog Lyssa ye ----> http://www.lyssasecret.com/

Bismillah. Assalamualaikum kepada semua pengunjung tegar. [Mungkin ada ;)] Dah lama tak update blog. Maybe it'll be the first post entry for this year. [Selamat Tahun Baru 2016 - masih belum terlambat untuk ucapkan]. Seriously to say, my enthusiasm to update this blog comes as my lecturer asked us (me and my classmates) to create a new blog for our Arabic coursework activity. It's so interesting and kind of brain-training activity since I've been so long not to leave my fingerprint on the keyboard to write something new in this blog.

To sincerely say, I've been following Lyssa's blog since 2011 [I guess so - it was my first time trial to create a new blog after been hacked by 'someone'].  Hopefully, I could increase the number of followers :) - sort of primary desires for this year after get married early.

*Lyssa, I've no bloglist, since this blog I made it as simple as I could. So, I put your blog's name in my exchange link :) It'll be the long lasting bloglist.