Assalamu'alaikum Warahmatullah :) With the name of Allah :
the Most Gracious and the Most Merciful.
2015 merupakan tahun
yang paling mencabar bagi seorang insan bernama Nurul Syafiqah Airussham. Ya,
itu nama penuh aku.
Kali ini, aku nukilkan
entri ini sebagai coretan terindah dalam hidupku. Mungkin boleh dijadikan
sebagai bahan bacaan dan inspirasi buat anak cucuku kelak. Sungguh, ingin aku
nyatakan bahawa sepanjang tahun 2015 ini pelbagai onak dan ranjau dalam
kehidupan telah aku lalui.
2015, tahun aku menamatkan
pengajian di Darul Quran, segala tenaga digembleng demi menamatkan hafazan 30
juzuk al-Quran dan menggapai sijil penganugerahan Diploma Tahfiz wal Qiraat.
2015, tahun aku berkhidmat
sebagai Sekretariat Menyambung Pengajian ke Timur Tengah dan Universiti
Tempatan (SMUTEM).
2015, tahun aku
merasai peritnya apabila ditolak dalam percintaan.
2015, tahun aku
dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Majlis Khatam al-Quran 2015 dan penerima
Anugerah Perdana Menteri Darul Quran JAKIM sempena Majlis Istiadat Konvokesyen
2015.
2015, tahun aku
ditolak kemasukan ke Universiti Malaya dan diterima masuk ke Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia pada September 2015.
2015, tahun aku
belajar dalam suasana baharu, bersama para pensyarah yang berasal dari negara
Timur Tengah dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab.
2015, tahun aku diberi
amanah sebagai BRC Block E Mahallah Asma’.
Jika ingin dicoretkan,
tidak terungkap segala yang tidak tersingkap. Cukuplah tahun 2015 ini telah
menjadi saksi kepada jatuh dan bangun aku sebagai insan yang sentiasa inginkan
perubahan dan kemajuan dalam diri.
Jika ingin diungkap
ucapan terima kasih pula, tidak mampu aku ungkapkan walau dengan setinta dakwat
yang terukir ucapan ‘TERIMA KASIH’ di atas sehelai kertas putih. Jutaan mahupun
infiniti ucapan terima kasih dan syukur kepada Allah, ibu bapa, guru-guru,
rakan-rakan dan insan-insan murni yang mendoakan diriku ini.
“Pengalaman silam
mengajar erti hidup”.
Ya, aku banyak belajar
dari pengalaman dan kesusahan yang aku lalui dalam hidup sebagai insan yang
bergelar anak dan pelajar/mahasiswi.
Setiap ruang dan
peluang untuk memperbaiki diri tidak akan disia-siakan.
Teringat pesanan
ibuku, “jangan difikirkan perkara yang tidak penting dan mengganggu fikiranmu.
Fokus dalam ibadah dan pelajaran. Jagalah Allah agar Dia peliharamu dalam
setiap tindak-tandukmu”.
Aku terinspirasi dengan kata-kata ibu dan juga insan seperti beliau : Hanif Mahpa.
*Inspirasi buat diriku untuk tahun 2016 (Gambar)
No comments:
Post a Comment