Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Thursday 3 May 2012

Rahsia di sebalik huruf pertama dalam nama!

Bismillah wa Assalamu'alaikum Warahmatullah ^_^V

Semua orang ada nama masing-masing kan. Tipulah kalau tak ada nama langsung. Kita duduk dalam perut mak selama 9 bulan. Hidup membesar dalam cecair amnion atau amniotic fluid. Fungsi cecair itu adalah bertujuan untuk menyerap sebarang kejutan dan menghindarkan daripada sebarang bahaya yang berlaku ke atas bayi dalam kandungan. Faham tak? Bukan nak cerita pasal bayi ke atau berceloteh macam doktor. Potpet banyak cakap betul lah. Perasan pulak tu jadi doktor :p 

Okelah sebenarnya nak cakap nama kita sebenarnya dah diberi oleh ibu, ummi, mak, mama atau mami kita sebelum kita keluar ke dunia lagi. 9 bulan tu dok pikir "Nama apa lah yang aku nak bagi kat baby dalam perut ni" (sambil mengusap perut yang sdang sarat mengandung). Nama kita ni mesti yang terbaik punyalah kan. Tak kanlah nak cari yang tak elok maknanya. Contohlah kan mak kita panggil, "Syafiqah". Kan bagus maknanya (belas kasihan). Walaupun empunya nama tu agak pemarah atau garang :) tapi mungkin ada kelembutan di sebalik kekerasannya. hikhok

Nak tahu tak apa maksud huruf pertama dalam nama kita? Angkat tangan dulu. Alamak awak yang kat belakang sana meh sini ke depan sikit. Ya! Awaklah. HEHE. Yang depan sekali tunduk sikit kepala tu. Bertenang semua. Oke ^^V

Lollipop manis sedap. Nyummmm.
(commercial break jap)
A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.  

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung. 

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. 

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.  

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.  

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.  

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.  

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi. 

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. 

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.  

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri. 

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.  

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.


N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.  

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman. 

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.  

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.  

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.  

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.  

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.  

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.  

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.  

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.  

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.  

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat. 

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
 
 Eh bugs bunny menari. Holla ;)

Wednesday 2 May 2012

Perubahan Sejati ;)

Bismillah wa Assalamu'alaikum Warahmatullah ^_^V

Tak sedar langsung. Pejam celik. Lepas tu pejam balik. Sampai dah tak tercelik celik langsung. Tu dah kronik sangat tu. Apa yang tak sedar sangat tu? Macam saspen sangat. Oh! Masa ni cepat sangat berputar. Semalam baru aje masuk bulan 5 dan Selamat Hari Pekerja agak terlewat lah saya ucapkan kepada semua para pekerja di Malaysia. Selamat berehat sehari. Persiapan nak sambung belajar. (^_~) Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Jadi, semakin bertambah hari, maka bertambahlah usia, kan. Nak berubah. Biarlah bukan semata-mata nak dapatkan pujian. Mesti betul kerana Allah. Meh sini sat baca puisi yang agak bermelodi ni. Jangan malas sangat lah :)

~ Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci, kerana dia sentiasa menyedari, niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni, kerana dia mengakui, makhluk bertanduk dua sentiasa "memerhati"! Ingatlah, Allah jua yang Maha Mengetahui. ~

~ Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita, Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi. Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut! ~
 
~ Wanita jadilah seperti mawar yang berduri. Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi, sayang tidak berduri. Apabila tidak berduri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati! ~



Semoga hari yang bakal kita lalui akan memberi seribu satu erti yang pasti akan mengukirkan sebuah lukisan kehidupan yang indah di sebuah pulau abadi ;)