Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Monday, 12 March 2012

Ayah atau Kelas Tambahan?

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Pada suatu hari yang agak terik, tetapi mendung.

Jalan-jalan pergi sekolah. Rindu. Mungkin. Sebenarnya, ada urusan sikit lah yang nak di'settle'kan dekat asrama. Sampai agak lewat. Kebetulan hari itu merupakan hari Jumaat, memang agak ramai lah orang yang nak meninggalkan sekolah. Balik rumah awal lah kan. -_- Takpe. It's oke. Tapi, dapat jumpa dengan adik[s] junior yang comel belaka pun dah cukup membuatkan hati aku berbunga kembali. Bak mawar merah yang kembang mekar dan mewangi meliputi seantero dunia. Hiperbola betul. 

Waktu Zohor pun dah nak masuk. Naik la tangga asrama. Alasan : Nak solat kat surau asrama. Padahal sesaja nak lepak dengan budakbudak asrama. Kebetulan minggu tu pula memang minggu pulang bermalam. Public phone memang sesak lah dengan adik- adik yang tak sabar nak melepaskan rindu dengan keluarga tercinta. Beratur panjang sampai ke blok dewan makan. Wow, panjangnya! Oke, tipu je.

Tengah asyik dok bersembang dengan adik[s] junior tingkatan 3, tiba-tiba ada seorang makhluk Allah + adiknya yang juga merangkap teman kepada adik[s] ni tadi. Menangis teresak-esak. Nama dia Fatimah (nama samaran). Salah seorang daripada adik[s], Zainab (pun nama samaran) datang menerpa Fatimah, sambil memujuknya.

Zainab : Kenapa menangis ni?

Fatimah : Ayah saya dimasukkan ke wad. Patutlah tadi saya call ibu, ayah, adik dan abang banyak kali. Tapi tak berjawab pun. Ibu kata tangan ayah tak boleh bergerak. Mungkin terkena strok. (Air mata bercucuran dengan deras sekali membasahi pipinya).

Zainab : Bersabarlah. Jangan menangis lagi. Saya faham perasaan awak. Tetapi, kalau saya menangis di hadapan awak, pasti kesedihan awak akan bertambah lagi. Saya tak nak menangis di hadapan awak. Saya hormati perasaan awak. Ayah awak pasti akan sembuh. Yakinlah dengan kuasaNya. Kalau awak rasakan ujian ini amat berat, ingatlah bahawa ada lagi insan lain yang menderita dan ujiannya lebih berat berbanding awak. Boleh jadi awak tidak mampu untuk menghadapinya.

Fatimah : Baiklah, terima kasih ukhti. Tetapi, minggu hadapan kita ada kelas tambahan. Takkan nak ponteng kut. 

Zainab : Awak ada dua pilihan. Seorang ayah atau ribuan kelas tambahan yang awak boleh hadiri pada lain-lain hari? Saya pun tak dapat menghadiri kelas tambahan tu. Keluarga saya terpaksa pulang ke kampung. Relaks lah. Awak masih ada ramai lagi teman yang boleh dijadikan tempat rujukan, sekiranya awak memerlukan pertolongan dalam pelajaran. 

Fatimah : (Terdiam seketika. Berhenti menangis.)

Aku terkesima seketika tatkala mendengar kepetahan Zainab yang berbicara dengan penuh hikmah dan hemat. Langsung tidak mengguriskan hati sahabatnya. Juga mampu membuatkan sahabatnya berfikir sejenak tentang kepentingan yang perlu lebih diutamakan buat masa ini. Subhanallah. Bicaranya jauh berbeza sekali dengan umurnya yang masih muda berbanding aku.

La tahzan. Bersabarlah, wahai Fatimah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar. Mudah-mudahan hidupmu diberkatiNya. Amin.


# Pelajaran memang penting untuk bekalan di dunia dan akhirat. Tetapi, fikirkanlah apa yang terbaik untuk kita pada sesuatu masa tertentu. Jika hati masih bersedih, lebih baik kita mencari ketenangan dengan menziarahi orang yang sakit. Justeru, kita akan lebih mengingati mati dan itu adalah sebijak-bijak manusia. Tenangkan fikiran dan sentiasa bersabar, barulah mudah untuk kita menumpukan perhatian kepada pelajaran. 

Wallahua'lam :)

2 comments:

  1. sedihnya cte ny ayong...:(
    bila ayong gy skola?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husna, minggu lepas hari Jumaat. Last day sblum cuti sekolah. hmm, kesian kat die.

      Delete