Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Saturday, 9 February 2013

Bolehkah umat Islam mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina ?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum pembaca sekalian :)

Hari ini 9 Februari 2013. Esok? 

Cuti sekolah ke? Tahun Baru Cina kut. Betul lah tu. Tepuk tangan sikit untuk diri sendiri. (Y)

Nak share sesuatu lah tentang perayaan Tahun Baru Cina yang disambut dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 

SOALAN :

Apa hukum kalau wish Selamat Tahun Baru Cina atau Happy Chinese New Year, coz saya ada job yg memerlukan utk buat wish sebegitu?

JAWAPAN :
Bismillahirrahmanirrahim. Hukum memberi ucapan tahun baru cina. Hukumnya harus kerana ia adalah sambutan bersifat bangsa, bukan agama. Bangsa Cina ada kalendar lunar khas yang dikongsi oleh seluruh bangsanya tanpa mengira agama. Penganut buddha, taoist, hindu, dan lain-lain bersama-sama meraikannya. Malah, umat Islam di China juga merayakannya. Asalkan ucapan perayaan tersebut tidak disertai unsur-unsur agama, maka hukumnya memang boleh. Ulama spt Nik Aziz, Haron Din dan lain-lain telah mengharuskan untuk meraikan tarian singa Cinggeh.

Perhatian: Sambutan Krismas, Deepavali bukan perayaan bangsa, tapi agama. Hukum tentang sambutan perayaan agama tak sama macam perayaan tahun baru cina.
Wallahua'lam :) Sumber ini dicari di carian Mr.Google dan boleh klik di sini.

2 comments: