Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Tuesday, 10 April 2012

Tak Datang Sekolah Sebab Shahid!

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

(^_^)V

Selamat Petang. Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat belaka. Pulangnya murid-murid dari sekolah menandakan sudah berakhirnya sesi persekolahan pada hari ini. Bagaimana? Alamak skemalah kakak sorang nih. Ada macam gaya cikgu tak? Hehe. Adik-adik semua, memandangkan saya sudah pun menghabiskan alam persekolahan, jadi layaklah saya ni dipanggil KAKAK. kankan? Untuk yang bawah 18 sahaja, oke!

Wahai Adik-Adikku sekalian,
Jangan ponteng sekolah tau! Selagi tubuh masih berdaya untuk berjalan, berlari dan bergerak walaupun untuk sekelumit waktu, bersyukurlah. Susunlah kesepuluh jari tangan dan bersyukurlah dengan mengucapkan Alhamdulillah kepada Sang Pencipta. Jangan mencuba sesuatu yang terlintas di luar batasan fikiran. Boleh jadi, sekiranya sesuatu yang terlintas di luar fikiran itu mampu mendatangkan kemudaratan kepada kita kelak.

Bersyukurlah kerana kita dapat hidup dalam sebuah negara yang bernama MALAYSIA. Tiada peperangan. Tiada sekatan kepada penuntut ilmu untuk belajar. Tiada penindasan kepada kanak-kanak, golongan wanita dan warga tua.


Buka mata. Lapangkan minda. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur kepadaNya. Amin.

2 comments: