Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Tuesday, 30 September 2014

Teori Fizik : Pressure

Sorotan daripada entri di laman Facebook. 

22092014 | Isnin *tarikh asal entri. 

Tertarik dengan post berkaitan persamaan antara manusia dengan logam (menurut perspektif kehidupan dan definisi Kimia). Jadi, ini sekadar tafsiran saya sendiri berkenaan teori Pressure dalam kehidupan manusia (kalau salah, tolong betulkan). Walaupun subjek ini bukanlah antara subjek yang menjadi kegemaran (sebab susah), tapi enjoyable sebab melibatkan calculation.

Pressure is defined as force per unit area. Itu istilah yang diterjemahkan dalam ilmu fizik. Dalam Bahasa, pressure bermaksud tekanan, kuasa atau pengaruh. Thus, this theory defined that the larger the contact area, the lower the pressure.

Pressure : Tekanan yang dialami. Area : Saiz (keluasan/kelapangan) hati.

Sebagai analogi dalam kehidupan manusia yang ditimpa kesusahan. Jika seseorang menerima sesuatu yang menimpa ke atas dirinya dengan hati yang terbuka (berlapang dada/larger area), maka rendahlah tahap kerunsingannya (lower pressure). Bahkan, jika seseorang menerima sesuatu yang menimpa ke atas dirinya dengan hati yang sempit, maka tinggilah tahap kerunsingannya.

Ibarat biji kopi yang diletakkan ke dalam secawan air putih, masih terasa kepahitannya. Dek kerana saiz bekas yang terlalu kecil. Manakala, jika dicampakkan biji kopi itu ke dalam perigi atau bekas yang berisi air yang banyak, kepahitannya langsung tidak terasa.

Kesimpulannya, manusia memang tidak akan lari dari masalah dan perkara yang merunsingkan jiwa. Pelbagai masalah yang kita hadapi, tetapi, bagaimana solusinya? Bila mana segala masalah dipandang positif dan diterima dengan hati yang terbuka, lama-lama pahitnya akan surut tanpa kita sedari.

Minda positif, minda cemerlang!

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (94:6)

Saturday, 1 February 2014

My Graphic Arts :)

Selamat Tahun Baru Cina 2014. Gong Xi Fa Cai. This posting doesn't have any relation with this celebration. Only as an opening wish for Chinese readers. And for all readers : Assalamu'alaikum and a very good day I bid to all of you. Thanks for leaving your fingerprints here :)

Keterujaan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6. Cewahh. (^_^)V

Baru-baru ni, kami ada program kat kampus : Muktamar Sanawi 2.0 (Perjumpaan Tahunan Kali Ke-2) untuk pimpinan yang baru menggalas jawatan bagi sesi 2013/2014. Tahniah, diucapkan bagi para pimpinan sekalian. Semoga tampuk kepimpinan kali ini akan melahirkan lebih ramai perintis kepimpinan yang berwibawa dan berkredibiliti.

Poster Muktamar Sanawi 2.0
Gambar Barisan Pimpinan (Mantan & Baru)
Tag Nama untuk Para Pimpinan baru :)
Tag Nama untuk Barisan Koordinator Program (^_^)

Alhamdulillah, barisan pimpinan baru sudah diberi mandat untuk memegang tampuk kepimpinan baru di kampus. Semua poster dan gambar kat atas tu bukan saya yang buat tau. Hehe. Kalau perasan, kat mana ada nama saya *tu lah yang saya buat :) First trial buat tag nama untuk program besar-besaran. Minta tunjuk ajar kat sesiapa yang berkemahiran. I'm really in need of guidance and tutorial from the advanced tutor.

Sorry for my delay to post this entry. Actually, it was for yesterday. It might be caused by the slow internet line. So, I have to post it today. Okay. Till we meet again, soon :)

Wednesday, 29 January 2014

Kahwin Muda : Relevankah?

Melangkah ke tahun 2014. Sudah hampir menjengah ke alam dewasa. Fuhh. Sungguh tak disangka umur ini sudah bertambah angkanya. Ada angka yang agak janggal di hadapan. Ya, angka itu bernama DUA. Semua rakan sekampus sibuk dengan agenda dan matlamat masing-masing. Begitu juga dengan diriku yang masih mentah dalam alam perkampusan. Kalau di sekolah dulu, tak ada masa langsung nak fikir tentang perkahwinan atau perhubungan yang serius sesama rakan berlainan jantina. Istilah secret admire mesti ada punya lah kan dalam kamus hidup setiap daripada kita yang bergelar remaja. Malu lah tu (muka blushing macam pakai blusher). Tetapi, berlawanan pula keadaannya bila dah bergelar mahasiswa/wi yang sudah semestinya punya naluri untuk menjalinkan sebuah ikatan yang murni tanpa ada unsur fitnah dan khabar angin yang tidak menyenangkan. Jadi, perkahwinan awal ialah solusinya. Dalam soal perkahwinan ini, ia bukanlah sesuatu yang kita boleh anggap sebagai perkara kecil atau remeh. Perkahwinan bukan perkara main-main. Ini soal masa hadapan kita dan generasi akan datang. Sekarang, tak payah hairan kalau ada kawan-kawan kita yang dah bercincin jarinya (bertunang atau berkahwin). Yang dah ada anak pun, toksah dok heran lah.

Mengapa aku perlu memikirkan soal ini, walaupun hakikatnya masa untuk aku berhadapan dengan perkara ini adalah tidak jauh lagi. Setiap manusia ada harapan dan impian yang ingin dicapai. Tak salah sekiranya ingin berkahwin ketika masih belajar. Bak kata pakar motivasi Malaysia (isteri dia sebenarnya), perkahwinan ini bukan setakat hubungan cinta antara suami dan isteri, tetapi ia merangkumi semua aspek ilmu rumahtangga, seperti  status ekonomi setelah mempunyai anak dan tanggungan yang lebih ramai. Dia kata, : Persefahaman antara suami dan isteri pun penting untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga. Pernah berlaku satu kes perceraian yang mungkin agak lucu bagi saya, tapi ini memang betul-betul terjadi dalam kalangan masyarakat kita. Ini realiti, BUKAN fantasi! Kes ubat gigi. Haa? “Sepasang suami isteri bercerai kerana ketidak sefahaman dalam menggunakan atau memicit ubat gigi.” Ada yang picit bahagian atas, bahagian bawah pun ada juga. Jadi, bila dah berkongsi satu ubat gigi, mestilah kena terima seadanya perangai kontra pasangan kita.

The conclusion, marriage life is one that we considered as a sharing life and to understand each other. First thing to know before we marrying someone is the purpose of the marriage. Adakah sekadar memenuhi keperluan asasi seorang manusia atau sebagai pelaksanaan suatu ibadah seorang hamba kepada Tuhan? Langkah bijak untuk menjauhi zina ialah dengan berkahwin. Ya, betul tu. Tetapi, perlu ada batas pergaulan sebelum berkahwin. Berpegangan tangan adalah tidak dibenarkan biar pun sudah bertunang. Islam merupakan agama yang indah. Islam bukan  sekadar meletakkan batas dalam sesuatu perkara, tetapi memberikan landasan yang sesuai kepada manusia untuk dilaluinya. Zina dilarang dalam Islam, tetapi hanya dibenarkan setelah berkahwin. Hubungan perkahwinan adalah lebih suci berbanding zina. Sudah jelas disebut berkenaan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas si penzina dalam al-Quran. So, what we are waiting for? Prevention is better than cure. Avoid illegal relationship before marriage in order to keep ourselves safe from bad side effects such as baby dumping, HIV and AIDS diseases and humiliation by people surround you.

Kahwin ketika masih belajar. Hmm, berat juga topik perbincangan ini sebenarnya. Memang ada baik dan buruknya. Bukan tidak bersetuju TETAPI kurang bersetuju. This is my opinion. Alam perkampusan ni lah masa untuk kita mengejar cita-cita dan belajar erti hidup berdikari. Lagi-lagi, kalau anak sulung dah sah-sah lah akan lebih mementingkan keluarga berbanding yang lain. The family is her/his priority. Adik-beradik yang masih belajar masih memerlukan perhatian daripada kakak/abang mereka. Takkan nak harapkan ibu bapa sepenuhnya. Their parents are getting old and weak. So, the eldest should play important roles in the family to take care after her/his siblings. But, it is not a wrong decision to marry at the tender age (which is permissible to marry). The marriage teaches them to be ready to face any becoming probabilities and circumstances in their life. Their study also should be paid more attention. Or else they would be kicked out from their campus. Jangan jadikan hubungan perkahwinan ini sebagai fitnah.

What I know a bit about pro of young marriage (18 and above): Avoid illegal relationship before marriage, as an inspiration in studies (to become excellent student), blessed relationship between bisexual. In contrast, perkahwinan ni akan menjadi beban kepada pasangan yang tidak mempunyai status kewangan yang stabil. Sebab, perlu diambil perhatian soal perancangan masa hadapan. Bukan sekadar sebuah hubungan yang membawa ke jinjang pelamin, TETAPI hingga ke SYURGA :) Keperluan seorang isteri perlu dipenuhi oleh suami dan juga anak, sekiranya sudah melahirkan zuriat.

Satu kelebihan setelah mempunyai anak: Akan dimurahkan rezeki. Ustazah saya pernah pesan, setiap anak yang kita lahirkan, ada rezeki masing-masing. Jangan mengeluh sekiranya mempunyai anak sikit atau ramai. One more thing; bila sudah berkahwin, automatically, we are more prone to concentrate (be pious) to our soul mate, rather than other people. So, this is what I meant as a blessed relationship. Restu seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami. Yes.

P/S: Untuk mendapat pasangan hidup yang baik, perlu juga ingatkan diri sendiri supaya berusaha untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Sebelum berkahwin lagi perlu jaga adab dan tatasusila. Berkemungkinan, bakal anak-anak akan mewarisi perangai ibu bapa mereka. Wallahua’lam.


Tahniah, buat rakan yang bakal melangsungkan perkahwinan. Moga hidupmu dirahmati ^_^)V