Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Tuesday, 30 September 2014

Teori Fizik : Pressure

Sorotan daripada entri di laman Facebook. 

22092014 | Isnin *tarikh asal entri. 

Tertarik dengan post berkaitan persamaan antara manusia dengan logam (menurut perspektif kehidupan dan definisi Kimia). Jadi, ini sekadar tafsiran saya sendiri berkenaan teori Pressure dalam kehidupan manusia (kalau salah, tolong betulkan). Walaupun subjek ini bukanlah antara subjek yang menjadi kegemaran (sebab susah), tapi enjoyable sebab melibatkan calculation.

Pressure is defined as force per unit area. Itu istilah yang diterjemahkan dalam ilmu fizik. Dalam Bahasa, pressure bermaksud tekanan, kuasa atau pengaruh. Thus, this theory defined that the larger the contact area, the lower the pressure.

Pressure : Tekanan yang dialami. Area : Saiz (keluasan/kelapangan) hati.

Sebagai analogi dalam kehidupan manusia yang ditimpa kesusahan. Jika seseorang menerima sesuatu yang menimpa ke atas dirinya dengan hati yang terbuka (berlapang dada/larger area), maka rendahlah tahap kerunsingannya (lower pressure). Bahkan, jika seseorang menerima sesuatu yang menimpa ke atas dirinya dengan hati yang sempit, maka tinggilah tahap kerunsingannya.

Ibarat biji kopi yang diletakkan ke dalam secawan air putih, masih terasa kepahitannya. Dek kerana saiz bekas yang terlalu kecil. Manakala, jika dicampakkan biji kopi itu ke dalam perigi atau bekas yang berisi air yang banyak, kepahitannya langsung tidak terasa.

Kesimpulannya, manusia memang tidak akan lari dari masalah dan perkara yang merunsingkan jiwa. Pelbagai masalah yang kita hadapi, tetapi, bagaimana solusinya? Bila mana segala masalah dipandang positif dan diterima dengan hati yang terbuka, lama-lama pahitnya akan surut tanpa kita sedari.

Minda positif, minda cemerlang!

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (94:6)