Assalamu'alaikum Warahmatullah.
Selamat bercuti sekolah. Tiada perancangan untuk bercuti di mana? Jomlah pergi ke KidZania yang bertempat di Mutiara Damansara, berdekatan dengan The Curve Shopping Mall. Memandangkan usia pun semakin menginjak ke alam dewasa, naluri kewanitaan pun semakin terserlah. (^_^) Hari ini, rancangan Wanita Hari Ini sekali lagi memaparkan rencana berkenaan aktiviti semasa cuti sekolah yang telah berlangsung di KidZania.
Kepada para ibu, bapa, kakak dan abang kat sana tu, boleh lah bawa anak-anak atau adik-adik anda semua ke sana. Tak rugi pun. Memang menguntungkan. Tak perlu risau untuk meninggalkan anak bersendirian di sana. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Percayalah. Dijamin 100%. Bayaran? Amat berpatutan dan anda pasti berkemampuan untuk membayarnya. Nak tahu apa dia KidZania? Meh sini.
|
Dirasmikan pada 28 Februari 2012 |
Apa itu KidZania?
KidZania menyediakan persekitaran yang selamat, unik, dan merupakan pusat hiburan dan pendidikan yang sangat realistik yang membolehkan kanak-kanak yang berumur di antara 4-12 untuk melakukan apa yang datang secara semulajadi kepada mereka, seperti memainkan peranan dengan meniru secara tradisi aktiviti dewasa kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Seperti dalam dunia sebenar, kanak-kanak menjalankan "kerja" dan dibayar, sama ada untuk kerja mereka atau berbelanja untuk membeli-belah atau untuk diberi layanan.
KidZania juga merupakan sebuah bandar untuk anak-anak di mana pertubuhan yang paling kerap ditemui di setiap bandar dicipta semula, seperti hospital, balai bomba, salun kecantikan, bank, stesen radio, studio TV, sebuah pasar raya, restoran pizza, jualan kereta, teater dan banyak lagi.
Melalui penubuhan KidZania, anak-anak dapat meniru orang dewasa semasa mereka menjalankan lebih daripada 90 peranan berbeza yang sebenar, seperti pembuat biskut, mekanik, model, doktor, seorang pelukis, pelakon, dan lain-lain lagi.
KidZania mempunyai mata wang tersendiri, iaitu kidZo. Dengan kidZos, anak-anak dapat merasai pengalaman membelanjakan wang mereka seperti membeli barangan atau perkhidmatan. Mereka juga boleh membeli barangan di kedai jabatan, mendapat kidZos dengan bekerja dan menyimpan ke dalam akaun simpanan di bank.
Berminat?
KidZania kini dibuka pada :
Isnin hingga Jumaat
Sesi persekolahan : 10.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah
Sesi Pagi : 10.00 pagi - 3.00 petang
Sesi Petang : 4.00 petang - 9.00 malam
Harga tiket boleh diperoleh dengan harga serendah PERCUMA hingga RM 55.00 bagi peringkat umur bayi, anak kecil (2-3 tahun), kanak-kanak (4-17 tahun), dewasa (18-59 tahun) dan warga tua (60 tahun dan ke atas). Harga tiket ini hanya boleh diperoleh oleh warga negara Malaysia SAHAJA.
Bagi pengunjung ANTARABANGSA, bayaran adalah sama, KECUALI kanak-kanak dikenakan bayaran RM 75.00 dan dewasa pula sebanyak RM 50.00. Untuk maklumat lanjut, sila klik SINI.
# Seronoknya. Tapi, umur dah lanjut. Hehehe. (",) Kenapa lah masa kecikkecik dulu takde pun benda best macam ni. (;-_-) Perasan muda betul. Kempunan lah aku. Waaaa~ Batu Belah Batu Bertangkup.