Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Friday, 22 May 2015

Segmen Blogwalking & Throwback By NaD Dea


Assalamualaikum warahmatullah. Nak join segmen ni lah. Hehe. Sementara tengah free ni. First time join segmen dari Nad :) Tarikh akhir : 8 Jun 2015. 

1. Kenapa memilih untuk menggunakan URL blog ini?
2. Kenapa terjebak dalam dunia blogging?

1. URL blog ini ialah pendambacinta-mu.blogspot.com. ‘Mu’ stands for Allah. Because the purpose of our life in this world is the only to worship our God (Allah The Almighty) and to be the good caliph to this world. Bersesuaian dengan Motto : Seeking for Allah’s forgiveness and pleasure. Sebelum ni, URL aku lain. Tapi atas sebab pernah dihack, aku pun buatlah URL blog yang baru. Sedih jugak sebenarnya sebab aku hampir patah semangat untuk teruskan berblogging. Atas semangat dan dorongan teman blogger, I started from zero and Alhamdulillah blog ni dah mencecah usia 4 tahun bermula dari tahun 2012 hingga sekarang.

2. Why I involved in this world of blogging? And perhaps for the first time, I do blogging as to fulfill my leisure time after my SPM examination and my friends’ suggestion. Plus for me, blog is the best place for me to express my feelings, opinions and words of wisdom after Facebook and Twitter, as I had dreamt once to be a writer :) So, this is the answer for this question.
 

Andai Itu Takdirnya, Aku Redha Ya Allah (bhg. 2)

[Sambungan]

Alhamdulillah, sudah hampir 3 tahun aku berada di bumi Darul Quran ini. Pelbagai pengalaman aku tempuhi sepanjang berada di situ. Hampir setiap tahun ada sahaja ex-junior sekolah aku yang memohon masuk ke Darul Quran. Suasana sekelilingnya tenang dan mendamaikan. Sesuai bagi insan-insan yang inginkan suasana pembelajaran yang kondusif. Setiap tempat pengajian ada keistimewaan tersendiri. Bagi aku, benda yang menjadi tumpuan kepada orang di luar sana ialah TASIK dan MASJID di Darul Quran. Mungkin kerana keindahan panoramanya yang dikelilingi dengan bukit-bukau yang menghijau bagaikan sebuah lukisan bila diamati untuk seketika waktu. Ya, mungkin juga :)


 Pernah juga disiarkan di siaran televisyen TV3 gambar masjid dan tasik Darul Quran sebagai latar belakang bacaan al-Fatihah oleh Ustaz Tirmizi (Akademi al-Quran) bagi mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa nahas MH370.


Di sana, aku mengambil bidang Qiraat kerana minat yang mendalam tentang ilmu tersebut sejak di bangku sekolah lagi. Seronok juga bila dapat mengetahui sesuatu ilmu yang amat jarang dipelajari di Malaysia secara khususnya. Tajuk kajian ilmiahku juga berkisar tentang kaedah bacaan al-Quran oleh imam Warsy dalam kalangan pelajar Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) di sekolahku. Ternyata, kefahaman para pelajar masih di tahap sederhana. 

Belajarlah tentang ilmu al-Quran. Menarik!

Bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, aku memilih pengajian Bahasa Arab. Bukan kerana aku tidak minat untuk meneruskan pengajian Qiraat, tetapi mungkin kerana faktor kewangan yang masih tidak stabil untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah (Mansoura, al-Azhar, Mesir). Aku memilih Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi melanjutkan pengajianku dalam bidang Bahasa. 

Alhamdulillah, aku diterima untuk menduduki ujian temuduga di UM. Doakan agar segala urusan dipermudahkan. 



Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang terkandung dalam segala perancangan Allah. Mudah-mudahan kita semua dilimpahi rahmat dan hidayah dari Allah. Ameen :)

That's all about for now. See you soon. 

Wednesday, 6 May 2015

Andai Itu Takdirnya, Aku Redha Ya Allah (bhg. 1)

Assalamualaikum warahmatullah. 

 Dengan nama Allah Tuhan Sekalian Alam, bicara dibuka dengan penuh takzim.


Sekian lama menyepi tanpa sebarang khabar. Juga tanpa sebarang status diri. Maaf, lama rasanya tidak menjengah ke blog ini. Mungkin kerana agak sibuk menyambung pengajian Diploma di Darul Quran. Atau mungkin kerana bekalan internet yang agak terbatas. Hmm, mungkin (senyum sampai telinga). Alhamdulillah, sekarang aku bertugas di Darul Quran juga sebelum menunggu keputusan menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda. 

Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.

Sudah baca? Dengan izin-Nya, aku bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Sebaik-baik perancang ialah Allah. Memang sebelum ni macam-macam perancangan yang dah bermain dalam fikiran. Entah jadi entah tidak. Tetapi, aku yakin dengan apa yang dah Allah tentukan. Sebab itulah yang terbaik buat kita. Boleh jadi apa yang kita terlalu suka dan idamkan itu mampu meranapkan masa hadapan kita. 

Who knows? Allah knows better

Pada mulanya aku ingin menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER) ketika berada di tingkatan 1, setelah surat tawaran menjengah masuk ke peti surat rumah. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju memandangkan sekolah tersebut dikatakan merupakan antara sekolah yang tertinggi pencapaiannya dalam Daerah Gombak. Mak dan abah sungguh gembira bila dapat tahu yang aku bakal bersekolah asrama. Pelbagai kelengkapan asrama telah dibeli. Hanya menunggu waktu untuk aku menjejakkan kaki ke sana.

Beberapa hari sebelum hari pendaftaran, aku menerima surat tawaran ke SMK Sungai Pusu, Gombak. Dapat tahu pula, ibu saudara aku bertugas sebagai guru di sana. Aku seperti biasa, tanpa berfikir panjang terus membuat keputusan sendiri untuk mendaftar di sekolah tersebut. Mak dan abah hanya ikutkan sahaja kemahuanku. Di sekolah ini, pelbagai kenangan, pengalaman, tawa dan duka yang aku lalui. Bakat dalam kepimpinan, kemahiran dan akademik turut diasah oleh guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong aku. Alhamdulillah. 

Saat paling sedih, ialah ketika kawan-kawanku berhijrah ke sekolah lain setelah menerima keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Aku tetap setia untuk berkhidmat di sekolah ini. SBPI dan MRSM aku dah cuba apply, tapi takda rezeki di sana. Takpalah :) Andai ini yang terbaik, aku terima denga rela hati.

Apa perancangan lepas SPM?

1. Doktor Perubatan
2. Doktor Gigi
3. Food Technology Course

Itu baru perancangan aku. Satu pun tak termasuk dalam bidang yang aku ceburi sekarang. Cuba teka sat? Engineer. Nope. Guru. Lagi bukan. I'm not a teaching-type person. *jadi ribut budak sekolah bila tengok aku mengajar. Tawaran ke Matrikulasi dalam bidang Sains aku TOLAK. (sebab jauh kat Johor. Tak pernah berpisah dengan keluarga la katakan). Tawaran ke UIA dalam Asasi Bahasa Arab pun aku TOLAK. (sebab dah masuk hari ke-4 aku berada di Darul Quran). Jadi, apa yang aku pilih?

Ok, the answer is : Darul Quran in Diploma Tahfiz al-Quran wal Qiraat. 

For the first time, I couldn't believe it.   

For the next time, I have to believe it. 

[Bersambung]