[Sambungan]
Alhamdulillah, sudah hampir 3 tahun aku berada di bumi Darul Quran ini.
Pelbagai pengalaman aku tempuhi sepanjang berada di situ. Hampir setiap tahun
ada sahaja ex-junior sekolah aku yang memohon masuk ke Darul Quran. Suasana
sekelilingnya tenang dan mendamaikan. Sesuai bagi insan-insan yang inginkan
suasana pembelajaran yang kondusif. Setiap tempat pengajian ada keistimewaan
tersendiri. Bagi aku, benda yang menjadi tumpuan kepada orang di luar sana
ialah TASIK dan MASJID di Darul Quran. Mungkin kerana keindahan panoramanya
yang dikelilingi dengan bukit-bukau yang menghijau bagaikan sebuah lukisan bila
diamati untuk seketika waktu. Ya, mungkin juga :)
Pernah juga disiarkan di siaran televisyen TV3 gambar masjid dan tasik
Darul Quran sebagai latar belakang bacaan al-Fatihah oleh Ustaz Tirmizi
(Akademi al-Quran) bagi mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa nahas MH370.
Di sana, aku mengambil bidang Qiraat kerana minat yang mendalam tentang
ilmu tersebut sejak di bangku sekolah lagi. Seronok juga bila dapat mengetahui
sesuatu ilmu yang amat jarang dipelajari di Malaysia secara khususnya. Tajuk
kajian ilmiahku juga berkisar tentang kaedah bacaan al-Quran oleh imam Warsy
dalam kalangan pelajar Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) di sekolahku. Ternyata,
kefahaman para pelajar masih di tahap sederhana.
Belajarlah tentang ilmu al-Quran. Menarik!
Bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, aku memilih pengajian Bahasa Arab.
Bukan kerana aku tidak minat untuk meneruskan pengajian Qiraat, tetapi mungkin
kerana faktor kewangan yang masih tidak stabil untuk melanjutkan pelajaran ke
timur tengah (Mansoura, al-Azhar, Mesir). Aku memilih Universiti Malaya dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi melanjutkan pengajianku dalam
bidang Bahasa.
Alhamdulillah, aku diterima untuk menduduki ujian temuduga di UM. Doakan
agar segala urusan dipermudahkan.
Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang terkandung dalam segala perancangan Allah. Mudah-mudahan kita semua dilimpahi rahmat dan hidayah dari Allah. Ameen :)
That's all about for now. See you soon.
No comments:
Post a Comment