Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Thursday 15 March 2012

Cinta Kampus

Assalamu'alaikum Warahmatullah.

Best tak tajuk ni? Eh, ada yang baru tajuk pun dah tersenyum. Malu ke? Atau pun pernah mengalami situasi tersebut? Cer cite sikit pengalaman tu. (^_^) Kenapa ek orang cakap cinta kampus? Kenape tak cinta tadika ke, cinta sekolah ke, cinta pejabat ke. kankan. Kalau pernah tengok kat iklan-iklan dalm tv, kat kampus ni lah kisah cinta bermula. Bila terlanggar, buku terjatuh. Angkat buku-buku samasama. Lepas tu, aduih. Dari mata turun ke hati. Sweet lah tu kan?

Ramai orang beranggapan, bila dah masuk ke alam perkampusan ni, kita perlu bercouple lah. Berpacaran lah. Kalau takde pakwe/makwe ni, takut orang kata kita ni kolot lah. Betul ke? Siapa tak sokong, ANGKAT IBU JARI KAKI! :) Walaupun aku ni baru nak menginjak ke dunia kampus ni,  aku rasa terpanggil untuk mengulas berkenaan isu semasa ni.


Cinta itu HADIAH. Kenapa lebih sayangkan daripada PEMBERI hadiah?

Ayat tu memang baik punya lah. Aku baca kat status FB seseorang ni. Memang menyentap kalbu betul lah. Cinta tu memang lah FITRAH setiap manusia, ingin dicintai dan mencintai. Tapi, tatkala cinta itu dilabuhkan pada yang tak selayaknya, maka akan berlakulah FITNAH. 

Respon Siswa 1 :  Salah ke kalau nak bercinta? Cinta kan boleh naikkan semangat kita kalau nak belajar. Sekurang-kurangnya, ada lah orang yang mendorong kita supaya terus belajar je. Orang yang tak bercinta ni kolot lah. Takda orang yang suka diorang lah tu. Tak cool lah macam tu. Macam orang kuno tak up-to-date langsung. 

Respon Siswa 2 : Cinta fitrah kepada setiap makhluk yang diciptakan daripada tanah. Jangan jadikan cinta ni sebagai penghalang kepada kejayaan kita. Bercinta boleh, tapi mestilah ke arah perkahwinan. Tapi, lebih baik bercinta lepas kahwin. kan sweet gitu :) Walaupun  berlandaskan syariat, eloklah kita dekatkan diri ni dengan ilmu sebagai bekalan kita di akhirat kelak. NO couple, NO declaration, NO commitment. Kalau nak buat study group, baik lah dengan kawan-kawan je. Kalau berdua, nanti berdating je yang lebih. Boleh naikkan semangat? Takda maknanya. Kawan-kawan aku yang lain pun kata takda faedah pun buat benda-benda lagha macam ni. Ada pihak ketiga yang akan datang : Syaitan. Maka, akan berlakulah perkara-perkara yang tak diingini macam zina. kankan? 

Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 32 yang bermafhumDan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.

Mana satu yang menjadi pilihan anda? Fikir-fikirkanlah. Because, IT'S ALL ABOUT YOUR MIND!

# Ni sekadar perkongsian sahaja. Tiada maksud untuk ditujukan kepada mana-mana individu/pihak. In my opinion lah kan, sebaiknya biarlah Allah yang tentukan aturan hidup kita. Belum tentu lagi SI DIA tu jodoh kita. Ustazah aku pernah cakap, kalau suka seseorang, simpan erat-erat dalam hati. Hanya kita dan ALLAH sahaja yang tahu. Mudah-mudahan dialah jodoh kita. :) Wallahua'lam.

6 comments:

  1. hehehe tersenyum tgk gambar tu.... :)

    ReplyDelete
  2. kan lagi manis cinta selepas berkahwin.:)

    ReplyDelete
  3. hehe..so nice la ayong...
    kte tamau2 cinta2 dah..hik3..
    cintailah Allah nescaya cinta pasangan soleh turut dimiliki..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu husna.
      tggalkan je sume bnda lagha tuh :)
      ada bace status fb encik katak.
      kih3

      Delete